Monday, December 30, 2013

SHIRO Menambat Hatiku ♥♥♥♥♥


    Assalamualaikum dan Salam akhir tahun, today tanggal 31th December dimana sudah tiba masa untuk kita mengucapkan Selamat Tinggal tahun 2013 dan melupakan segala kenangan pahit yang telah dilalui sepanjang tahun ini, setiap pengalaman kita jadikan pengajaran, dan segala kenangan manis kita jadikan bingkai "sweet memories" dalam hidup kita. Okeylah, today bukan nak story pasal diri saya, tapi as usual saya nak cerita tentang satu kumpulan lawak ni yang betul2 telah berjaya menarik saya untuk meminati mereka dengan lebih mendalam, kumpulan itu adalah SHIRO. Saya pasti ramai yang kenal duo ni, tapi kalau ada yang tak kenal jugak meh saya nak kenalkan (lihat gambar di bawah).

 SHIRO semakin mencipta nama dalam dunia lawak Malaysia dengan bakat tersendiri.

    Sebelum kita pi lebih jauh untuk cerita tentang SHIRO ni, meh kita kenali jap dua bintang muda dari Johor ini yang mempunyai bakat serta karisma tersendiri.

-Shahrol Shiro-

Nama Penuh : Shahrol Azizie B. Azmi
Nama Samaran : Shahrol
Asal : Kluang,Johor
Adik Beradik : Anak Sulung daripada 6 adik beradik.
Umur : 28 Tahun (tahun 2013)
Tarikh Lahir : 16 July 1985
Kerjaya : Berkerja Sendiri
Kejayaan : Juara Raja Lawak 6, Tempat Ketiga Dalam OGG, Sekolah Agama Sampai Darjah Khas & Juara Lari Bawa Telur Dalam Sukaneka Sekolah Rendah, Tempat ke-3 MLM 2012
Filem : Sepah The Movie & Ustazmu Tunggu Aku Datang
Drama : Super Lawak FC,Ini Baru Betul Raya,Cinta Tampal,Pucuk Muda Kerabu Taugeh,Konsert Kilauan Emas Aidilfitri,Mega Raya 2012,Warna Raya 2012, Shiro bermulanya satu cerita.

-Ajak Shiro-

Nama Penuh : Mohd Hanaffi B. Razak
Nama Samaran : Ajak
Asal : Kluang,Johor
Umur : 25 Tahun (tahun 2012)
Kerjaya : Emcee

Status : Berkahwin (2 orang anak)
Kejayaan : Juara Raja Lawak 6 Dan Tempat Pertama Dalam OGG, Tempat ke-3 MLM 2012.

Filem : Ustazmu Tunggu Aku Datang.
Drama : Ini Baru Betul Raya, Mega Raya 2012, Shiro bermulanya satu cerita

    Okeyh, lepas baca biodata tu sikit sebanyak kita lebih mengenali ahli kumpulan SHIRO dengan lebih dekat, personally sebenarnya saya mula meminati kumpulan ni sejak dorang menjuarai Raja Lawak Musim Ke-6 lagi. Watak serta persembahan yang dibuat setiap minggu memang sangat dekat di hati penonton dan telatah dorang ni jugak sebenarnya sangat mencuit hati. Mungkin time dorang menang Raja Lawak Ke-6 rakyat Malaysia belum nampak sepenuhnya keupayaan dua individu berbakat ini, sebab masa tu tumpuan kita lebih terarah kepada senior2 mereka yang terlebih dahulu lahir dari program realiti yang sama seperti Zizan Razak, Johan, Sepah, Nabil dan beberapa pelawak yang lain. Saya berani cakap la yang SHIRO merupakan antara kumpulan yang berani menggunakan ruang yang diberi sebaik mungkin.

    Ketika di MaharajaLawak Mega 2012, SHIRO merupakan antara kumpulan yang meletakkan nama mereka untuk bersaing dengan pelawak2 yang sudah mengukir nama di pentas lawak Malaysia. Pada awalnya boleh dikatakan mereka ini dilihat sebagai "underdog"ataupun bukan pilihan untuk menyerlah di pertandingan tersebut, namun SHIRO berjaya membuktikan sesuatu dan menepis segala pandangan tersebut serta berjaya mendapat tempat ke-3 di Maharajalawak Mega 2012 walaupun baru berusia setahun jagung dalam industri seni Malaysia.Pada waktu inilah SHIRO mula menapak nama mereka dengan lebih kukuh dalam industri hiburan dan dalam masa yang sama mereka mula membesarkan lagi jumlah peminat2 mereka di serata negeri di Malaysia khususnya.

SHIRO di MaharajaLawak Mega, smart kan dorang ni hehe..

Sudah berjaya mendapat tempat di hati peminat2 Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore.

     MaharajaLawak Mega 2013 yang kini semakin memanaskan kerusi setiap penduduk Malaysia every Friday tepat jam 10.00pm (panas sebab dorang duduk tengok cerita ni tak berganjak dari sofa hihi). As usual masing2 akan ada calon Favourite masing2 untuk menjuarai Program Realiti terbaik di Anugerah Skrin ini dan nama Sepahtu sekali lagi disebut2 untuk menjuarainya buat kali kedua. Saya takde plak letak favourite siapa2 yang akan menang but i still have my own favourite la kan and SHIRO adalah salah satu darinya. Minggu demi minggu dorang ni buat persembahan yang tak pernah mengecawakan peminat MLM khususnya. Boleh nampak effort dan kesungguhan dorang untuk berikan yang terbaik setiap minggu dan saya amat2 menghargainya. Every week juga SHIRO semakin menambat hati saya untuk meletakkan mereka sebagai peserta yang selayak-layaknya menang MLM 2013 ini. Walaupun MLM baru masuk minggu yang ke-7 namun saya sangat2 berpuas hati dengan SHIRO dan mereka jugalah kumpulan pertama yang berjaya buat saya ketawa sampai keluar air mata di minggu ke-6. OMG serious dorang ni sangat gila hahah.. Saya memang tak boleh tahan ketawa time abang Shahrol buat "massage" ala2 Thailand dekat abang Ajak. Sumpah lawak hahah..

Moga dapat lebih banyak lagi anugerah yer abang2 ku..

    Seperti yang semua orang tahu, format MaharajaLawak Mega ni setiap minggu semua peserta akan diberi tema yang perlu dorang ikut untuk membuat persembahan, bagi pi lah tema apapun dekat dua orang ni, memang tak pernah mengecewakan saya dan peminat2 mereka "Shiro Lovers"..Banyak punchline2 yang mereka bawa dalam persemmbahan adalah punchline2 baru yang sangat fresh dan berkesan di samping gerakan fizikal mereka juga sangat2 lucu dan menghiburkan. Andai persembahan SHIRO kekal konsisten seperti ini hingga minggu akhir saya pasti akan sangat kecewa kalau SHIRO tidak diangkat sebagai juara MaharajaLawak Mega 2013. So tunggu apa lagi semua peminat2 SHIRO teruskan mengundi abang2 kita ni supaya mereka menerima hadiah yang setimpal dengan usaha dan apa yang mereka persembahkan pada kita selama ini..

p/s : Cara mengundi kumpulan SHIRO di MaharajaLawak Mega 2013 

 SMS: Taip ML<jarak>[nama singkatan PESERTA] atau ML< 3/5/10><jarak>[nama singkatan PESERTA] untuk ( 3/5/10 undian) ke 32777
Contoh : ML10 [nama singkatan PESERTA] ke 32777.

Untuk 20 undian: Taip ML20<jarak>[nama singkatan PESERTA] ke 32777.


SELAMAT TAHUN BARU 2014, MOGA KITA SEMUA TERUS CEMERLANG.....


Monday, December 23, 2013

Corat Coret MaharajaLawak Mega 2013...


    Assalamualaikum, hye hye come back untuk mengisi masa lapang huhu (time keja pun ada masa lapang tau) hehe bukan selalu la sekali sekala ja pun.. Anyway bila tiba ja bulan December hampir seluruh rakyat malaysia khususnya Pencinta Lawak macam saya ni akan mengalami demam Maharajalawak Mega. Yeahh and now we feel the fever again in 2013 hihi.. Maharajalawak Mega dah masuk minggu yang ke-6 dah baru-baru ni dan kepada penggemar2 realiti show ni pastinya dapat melihat kebanyakkan daripada pelawak2 Favourite yang bertanding masih lagi kekal di dalam program ini dan belum ada sebarang kejutan penyingkiran yang berlaku setakat ini kecuali kumpulan yang dijangka ramai akan menggondol juara tahun ini iaitu SEPAHTU berada di "Bottom 3" pada minggu ke-6.

     This is actually a really big surprised to us terumatanya penyokong2 tegar kumpulan SEPAHTU. Mereka bukan tak kelakar cuma pandangan saya adalah peminat2 kumpulan SEPAHTU ini telah meletakkan kedudukan mereka yang tinggi yang mana harapan mereka juga tinggi untuk melihat persembahan terbaik dari kumpulan kesayangan mereka ini setiap minggu. Apabila keinginan itu tidak dipenuhi haaa tu lah mula timbulnya kata2 yang kurang enak didengar oleh segelintir peminat sendiri. Pada saya ya memang SEPAHTU nampak agak menurun persembahan mereka sejak kebelakangan ini but Mission Not End Yet.. Masih ada beberapa minggu untuk mereka buktikan sesuatu buat peminat2 semua. Kita tahu kemampuan mereka thats why we really hope they can show to us something better next time..  

SEPAHTU Favourite untuk menang MLM 2013

    Melihat kepada performance pelawak2 di Maharajalawak Mega 2013 ni pada setiap minggu, saya secara personally la sejak awal lagi mempunyai repsect yang tinggi terhadap satu2 nya peserta yang sangat berani tampil secara solo siapa lagi kalau bukan abg NABIL AHMAD. Tak semua orang ataupun pelawak mampu berlawak secara solo dan kebanyakkannya daripada kumpulan2 yang handal pun kelihatan kekok apabila tampil solo, tapi tidak bagi pemuda kelahiran Negeri Sembilan ini (ni pandangan saya la) hehe.. Pada saya he is really "spontan" guys, telatah dia, kata2 dia, idea and kreativiti dia pastinya boleh buat orang ketawa, no doubt about that and personally juga saya melihat ketika bangbil kita ni join kumpulan Boboy nampak ruang dia untuk bercakap sangat terhad but bila sesekali he give a punchline, everyone will laugh. As we know he is really talkative person, so bila tak dapat ruang nak bercakap tu mula la nampak gelisah dia haha..

NABIL AHMAD One of my Favourite for MLM 2013

    Di saat tumpuan rakyat Malaysia rata-rata menuju ke arah kumpulan SEPAHTU yang tidak dapat disangkal lagi mempunyai jumlah peminat yang ramai serta sentiasa menerima undian yang tinggi tiba2 muncul satu bintang yang semakin terserlah sinarnya (ewahh ayat bukan main lagi hehe). Sapa lagi kalau bukan kumpulan SHIRO. Sejujurnya la SHIRO ni sebenarnya one of my favourite team jugak, sejak dari 1st week lagi memang this is one of the group that i really waiting for to look at. Gandingan Ajak dan Shahrol ni memang sangat hebat dah macam adik beradik dua orang ni, and saya berani cakap in my view SHIRO is the most consistent group in Maharajalawak Mega 2013. Minggu ke-6 for me is SHIRO week, dorang berjaya buat saya ketawa sampai keluar air mata dengan gelagat "massage" ala2 WWE hahaha.. memang gila la dua orang ni but both of them memang sweet haha. Anyway Congrates to Shahrol Shiro menang Man Of  The Match di minggu ke-6, u really deserve it.. Memang SHIRO bestt, kalau konsisten macamni confirm bleh Championlah hehe..

 SHIRO Pelawak Muda berbakat besar.. Nyesal jumpa tak bergambar dgn dorg haritu eh eh..

    Satu lagi kumpulan yang sentiasa mendapat sambutan serta jeritan gemuruh dari peminat-peminat ketika buat persembahan adalah JAMBU. Yeah ni la kumpulan yang bagi saingan sengit masa Maharajalawak Mega 2012 dengan juara time tu kumpulan JOZAN. Pasangan Yus dan Tauke ini tak dinafikanlah memang mempunyai lawak yang spontan dan lawak. Namun pada saya lawak dorang setakat minggu ke-6 ni ada pasang surut dia, kadang tu memang lawak tapi ada jugak minggu yang nampak down skit but still can see effort on their performance. Cuma pandangan saya la kan, ini just pandangan okey everyone have their own opinion include me hehe, pada saya lawak JAMBU ni tak berapa cerdik la atau lebih sopan kurang isi dia.. Lawak memang lawak tapi tak ada isi yang boleh kita manfaatkan (bukan semua show yer tapi kebanyakkannya macamtu) hihi.. But JAMBU still antara favourite jugak untuk Maharajalawak Mega 2013 hihi...

JAMBU antara senior di MLM 2013...

    Demikianlah sedikit sebanyak corat coret saya tentang MaharajaLawak Mega 2013 sampai ke minggu ke-6, ada lagi la beberapa kumpulan yang saya tak mention dalam ni macam kumpulan BOCEY, COMEY, SYJ dan WALA. Saya tak story pasal kumpulan2 lain ni bukan sebab dorang tak best.. No No No.. masing2 ada lawak dan style tersendiri macam SYJ yang dibarisi seorang pelawak otai iaitu Yassin berganding bersama pelawak wanita yang mempunyai karisma tersendiri Jihan dan Shuk orang negeri ceq hehe.. Kumpulan ni juga menampakkan persembahan serta kualiti lawak yang semakin baik minggu ke minggu, senang kata tak mengecewakan la hehe (rasa macam juri plak komen2 camni hihi). BOCEY kumpulan yang pada awalnya boleh dikata tak diberi perhatian la mungkin disebabkan barisan ahli kumpulannya yang rata2 masih baru dalam dunia seni lawak Malaysia dan masih kurang menonjol, namun sehingga minggu ke-6 ini boleh dikatakan BOCEY juga antara kumpulan yang menunjukkan prestasi konsisten (dah macam sukan plak kan konsisten ni hehe). Kumpulan WALA satu-satunya mewakili Sabahan juga tidak kurang menampakkan kualiti yang baik dalam persembahan setiap minggu begitu juga dengan kumpulan COMEY.

    Dah panjang lebaq celoteh ni (juri MLM pun x komen panjang camni) hihi.. Apapun dan macamana pun prestasi dorang dalam MLM ni kita tidak boleh menafikan mereka2 ini lah antara individu2 yang sentiasa menceriakan hari2 kita sekeluarga. Tak hairanlah bila dikata MaharajaLawak Mega ini mampu capai jutaan jumlah penonton setiap kali Siaran Langsung. Jadi mungkin saya boleh selitkan sikit la pandangan saya dekat sini, jangan la kita menyanjung bila mereka berada diatas dan menghina atau mencaci bila mereka dibawah. Formula saya senang saja, kalau rasa bagus and nak undi so just undi, kalau rasa tak bagus and tak patut diundi so tak payah undi.. Senang kan formula Algebra ni hihi.. Tak payah lah sampai nak mengkritik sampai boleh menjatuhkan seseorang yer.. Anyway saya support semua dalam MLM 2013 ni, All The Best to them and semoga yang betul2 kualiti dan layak memegang takhta ini akan menjulangnya di Final InsyaAllah..

p/s : Tak sabar nak tunggu MaharajaLawak Minggu Ke-7 Tema Muzikal Komedi huhu....
    

Tuesday, December 10, 2013

Pelawak Malaysia Penghibur Hati..


    Assalamualaikum hye Malaysia.. Counting day untuk mengakhiri tahun 2013 bukan mengakhiri zaman bujang ok, yang tu belum lagi hehe.. Personally saya ni memang jenis orang yang jarang keluar rumah dan memang kalau boleh 24 jam nak dok rumah saja but dengan syarat mesti kena ada TV dan Channel Astro 132, WAJIB!! ok hehe.. Kalau nak share tentang life saya, boleh kata im quite alone walaupun di rumah dipalit dengan pelbagai keadaan kelam membuatkan saya lebih banyak suka menghabiskan masa bersendirian even i have family around me. Tak bermaksud saya jenis tak bercampur, tapi situation make me be like this, but who know me will know well about me, don't judge the book by it's cover okey hihi..

    For this entry and saya rasa sangat-sangat terpanggil untuk share dan menulis tentang orang-orang hebat yang sentiasa menyinari hidup saya sehari harian (selain my family yer). Semua pasti biasa dengar pepatah "Laugh is the best Medicine for every pain" ini hakikat sebenar yang perlu saya akui kerana saya sentiasa melaluinya. Yess benar hidup penuh cobaan penuh cabaran penuh dugaan dan saya merasainya serta melaluinya dengan penuh tabah dan pasrah but it doesn't means saya menyerah No No No!! hehe.. Alamakk terluah perasaan plak skit, tak pa la kira halal la eh hehe.. Anyway apa yang saya nak kongsikan dekat sini sebenarnya adalah tentang hero-hero yang sentiasa menyelamatkan hari-hari duka saya dengan membuat ukiran senyuman on my lips (pstt!! kadang2 bukan ukiran ja tau, gelak x hingat haa jiran sebelah pun boleh dengar huhu).

    Kalau zaman budak2 dulu memang saya membesar dengan lawak2 kumpulan Senario, Cecupak, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Salam Pantai Timur dan sebagainya. Terutamanya Senario memang tak pernah miss la dok depan tv setengah jam tengok pun memang rasa tak puas sebab dorang lah antara pelawak kumpulan terbaik pada waktu itu. Segala-galanya berubah apabila Astro memperkenalkan satu program realiti Raja Lawak musim pertama yang memperlihatkan lahirnya permata-permata baru dunia lawak Malaysia. Boleh dikatakan program Raja Lawak ini sendiri sebenarnya telah mencetuskan satu fenomena yang mengkagumkan serta dalam masa yang sama telah mengangkat martabat Pelawak Tanah Air ke satu peringkat yang dipandang tinggi.


Kumpulan Senario Kompom 1 Malaysia Kenal nihhhh...

Pi Mai Pi Mai Tang Tu antara skestsa komedi yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia..

Saiful Apek.. The Legend Gitu-Gitu hihi.. Favourite nih..

    
Program realiti Lawak yang telah mengubah wajah serta melahirkan ramai comedian terbaik Malaysia.

Antara wajah2 penghibur hatiku yang telah lahir dari program realiti Raja Lawak.

    Kalau ikut hati memang nak story panjang pasal hero-hero dan heroin malaya ni, tapi tak sempat dah ni ceq nak kena balik dah hehe.. Next2 entry saya akan terus share pasal pelawak2 idaman Malaya ni wokey.. Terus menyokong dorang, sekarang ni tengah panas program Maharajalawak Mega 2013, so jangan lupa ya undi peserta2 favourite korang hehe.. okeylah to be continue.. See ya.............

Friday, December 6, 2013

Tun Dr.Mahathir Bin Mohamad Idola Dunia PART 2..


A Doctor In The House Yooo!!!

    Mesti kenal kan wajah tokoh terbilang di atas ni, sapa lagi kalau bukan Ayahnda kita Tun Dr.Mahathir Mohamad yang juga dikenali sebagai Bapa Pemodenan. Kalau kita bercakap tentang Perdana Menteri tak kira la di negara mana sekalipun pastinya masyarakat akan melihat kepada sumbangan-sumbangan yang mereka berikan sepanjang karier sebagai pemimpin yang merupakan individu penting dalam sesebuah negara. Orite tak mau beletiaq panjang meh kita go trough apa sumbangan2 Ayahnda Tun pada Malaysia :

   Pada awal tahun pentadbirannya, Dr.Mahathir telah melancarkan Dasar Pandang ke Timur, dimana kerajaan berpaling ke negara2 timur yang maju seperti Jepun dan Korea Selatan untuk usaha bersama dalam bidang perdagangan, pendidikan serta sektor2 lain yang berkaitan. Pada 1990, Dr.Mahathir melancarkan Wawasan 2020, pelan yang menggariskan hasrat serta halatuju kerajaan dan rakyat Malaysia untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020. Tun Mahathir juga melangkah setapak lagi meninggalkan era ekonomi pertanian mundur  ke arah era maklumat dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Projek MSC ini merangkumi aplikasi2 seperti elektronik, tele-perubatan dan kad pintar sebaguna. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA juga hasil idea beliau yang terletak tidak jauh dari MSC. Selain dari itu bangunan gergasi yang menampilkan bangunan pejabat tertinggi dunia, Menara Berkembar Petronas serta pusat penyelidikan dan pembangunan berteknologi tinggi "Putrajaya" bandar pintar pertama di dunia yang kini menjadi pusat pentadbiran Malaysia. Projek mewah lain seperti Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang juga tercetus daripada merupakan hasil idea bernas daripada Ayahnda Tun sendiri.

Tokoh yang mempunyai pendirian tegas serta digeruni negara2 luar

    Luar negara mahupun di persada antarabangsa Dr.Mahathir sangat berani dan terbuka menyatakan pendirian negara. Beliau juga dianggap sebagai jurucakap kepada negara-negara Dunia Ke-3 mahupun dunia Islam. Tun Mahathir menjadi pengkritik utama kuasa barat mengenai kegagalan menangani pedagang matawang yang membawa kepada punca krisis ekonomi awal 1990-an. Apabila keganasan anatarabangsa memuncak pada awal alaf baru, Tun merupakan individu yang paling lantang mengecam tindakan pengganas. Ayahnda Tun juga dikenali sebagai "The Voice of The South, The Master Strategist", "Hero of The Underdog" dan juga dikenali sebagai "Ibnu Khaldun" di abad ke-21. Selain dari itu Tun Mahathir juga pernah diberi beberapa gelaran2 yang negatif daripada mereka2 yang tidak menyukainya. Kalau mengikut kepada kajian demografi, tempoh 30 tahun dihitung sebagai satu generasi dan melihat kepada tempoh masa Tun berjuang dalam arena politik ini adalah digambarkan selama 1 generasi iaitu bermula daripada zaman generasi beliau bermula sehingga lepas kemerdekaan dan seterusnya.

    Banyak lagi sebenarnya sumbangan Ayahnda Tun Dr Mahathir terhadap negara serta orang2 melayu khususnya. Saya sangat sedih melihat masih ada lagi orang2 yang menghina serta mencaci Tun seolah2 tokoh ini hanya melakukan dosa sepanjang hayatnya. Celiklah akal serta mata melihat kebaikan orang daripada keburukkannya. Tak ada negara yang mampu bangun sepantas Malaysia selepas dijajah, namun dengan lahirnya tokoh ini di bumi bertuah Malaysia, segala galanya berubah.. Beliau disanjung oleh masyarakat negara luar hinggakan ada yang merayu supaya beliau menjadi pemimpin negara mereka.. Orang luar lebih pandai menilai berbanding orang sendiri yang hanya tahu menghentam sesama sendiri.. Bersyukurlah dengan nikmat Allah sebelum ianya ditarik semula.. Alhamdulillah Syukur Ya Allah telah meletakkan ku di sebuah negara bernama Malaysia dan Terima Kasih banyak Ayanda Tun Dr.Mahathir atas segala galanya.. Love You Ayahnda...

Hidupnya tak pernah lekang dengan buku.

Tokoh yang mempunyai karisma tersendiri.

Wira Malaysia, Wira Dunia

P/S : Sama2 kita doakan kesihatan Ayahnda Tun.. Semoga sihat sentiasa dan terus menjadi nadi Malaysia Amin..





Monday, November 25, 2013

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad Idola Dunia PART 1..


    Assalamualaikum hye2, spend time jap hari ini rasa terpanggil nak menulis tentang seorang tokoh dunia yang amat2 saya kagumi, seriously i really impress with this guy. Nama diberi Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dilahirkan pada tanggal 10 Julai 1925 di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik beradik dan memegang kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (1953). Beliau merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Tokoh yang cukup dikenali dengan panggilan nama Dr.M ini pernah ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang (hospital sy dilahirkan ni hehe). Pada tahun 1956 Tun Mahathir telah menamatkan zaman bujangnya dengan mendirikan rumahtangga bersama seorang wanita hebat bernama Tun Dr.Siti Hasmah Mohamad Ali. Pasangan ini dikurniakan 4 orang cahaya mata dan mengambil 3 orang anak angkat.

    Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan anak melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang dikenali sebagai MAHA klinik. Pada ketika itu hanya terdapat 5 buah klinik sahaja yang dibuka. MAHA klinik kemudiannya dipindahkan ke Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar dan kekal sehigga sekarang. Hehe seronok bercerita tentang tokoh ni sebenarnya, beliau ada keunikan tersendiri yang tak ada pada orang lain, he is really amazing person for me no doubt!!. Untuk entry Part 1 ni saya nak cerita pasal diri Tun sahaja tanpa menyentuh tentang penglibatan serta bakti beliau terhadap negara dan bidang bidang politik khususnya.. Nanti kita story bab2 tu dalam entry Part 2 okeyh hehe.. Tak best la kalau kita duk cakap pasai tuan punya badan tapi gambaq dia tak dak kan, haa meh nak buh tengok la wajah Ayanda kita sorang ni, tak pernah lekang dari senyuman.


* Seri Wajah Seorang Pemimpin yang Disegani Dunia *
 
 
    Berbekalkan dengan daya intelektual yang tinggi tokoh ini telah membawa nama Malaysia terpahat di setiap pelosok dunia. Melihat kepada skala pemikiran luas yang ada pada tokoh ini sebenarnya bermula daripada hobinya yang suka membaca. Prinsip yang sentiasa beliau genggam selama ini iaitu pembelajaran adalah proses seumur hidup menuntut beliau untuk sentiasa memenuhi ilmu pengetahuan dalam dirinya. Tak hairanlah kan kenapa beliau diangkat sebagai Ikon Membaca Kebangsaan pada tahun 2011 dengan adanya sikap "ulat buku" dalam dirinya. Tun Mahathir tidak pernah sesekali membiarkan setiap saat berlalu begitu saja, walau sibuk macamana pun beliau akan tetap menjadikan amalan membaca itu sebagai rutin hariannya. Nampak tak dimana kedudukan Tun Mahathir sekarang hanya dengan asas membaca. Peribadi Tun juga yang sentiasa mengukir senyuman di bibir sentiasa menampakkan wajahnya yang manis dan mudah didekati oleh orang lain.
 
    Jujur saya amat mengkagumi tokoh ini secara peribadi dan beliau juga merupakan salah seorang idola yang sentiasa menjadi asas pemangkin semangat untuk saya terus berjuang. Beberapa hari ini keadaan Tun Mahathir tidak berapa sihat namun beliau dilaporkan telah dibenarkan pulang dari Hospital, Alhamdulillah berkat doa orang ramai terhadap Ayahnda semoga terus sihat sejahtera.. Amin.. Okeylah dah panjang story ni hehe, nanti sambung Part 2 plak di entry seterusnya yer.. Jumpa lagi.. Assalamualaikum... Peace yooo!!!
 


Saturday, October 26, 2013

Muhasabah Diri


     Assalamualaikum, oritee boring time tak tau nak wat apa so teringat apa kata kita ambik sikit masa untuk sama2 muhasabah diri.. Kadang2 dalam hidup yang serba busy sekarang ni tambah dengan macam2 masalah yang datang bukan saja dari tempat belajar, malah tempat kerja dan dekat umah pun ada masalah sampaikan kepala serabut dan mengalami kebuntuan serta kemurungan.. Don't worry, tak da manusia yang tak da masalah, kalau ada yang tak da masalah tu bek pi cek doktor, bukan apa takut ada masalah lain plak hehe..

    Untuk entry kali ni saya nak ambik masa untuk muhasabah diri dan saya harap apa2 saja kata2 yang saya boleh kongsi disini dapat bagi manfaat pada kita semua, kalau bukan secara menyeluruh sikittttt pun jadi la yer hehe.. cuba kita sama-sama renungkan kata2 ini :

** Menjadi POSITIF atau NEGATIF adalah pilihan kita. Tiada siapa yang boleh memperngaruhi kita menjadi salah satu darinya kalau kita sendiri TIDAK MAHU..

** Bila Kita di kedudukan paling tinggi, orang dikeliling kita penuh kepalsuan, Bila kita dikedudukan paling rendah, orang dikeliling kita paling jujur.

** Biar nampak miskin janji ada duit, Jangan nampak kaya tapi tak ada duit.

** Kita sering maafkan dosa sendiri, tapi berlebihan menghukum dosa orang lain. Jika kita percaya tuhan akan ampuni kita, begitu juga orang lain.

** Walau sehitam mana pun sejarah hidup kita, selagi kita bernyawa selagi itu kita masih berpeluang menjadi ahli SYURGA..

** Orang yang melakukan dosa akan resah kerana sentiasa diburu rasa bersalah bukan sahaja kepada Allah S.W.T tetapi juga kepada diri sendiri.

** Jika dosa itu berbau, nescaya kau tak mampu keluar rumah kerana malu busuk tubuhmu dikesan orang, kerana bau dosa2 mu.


    Kalau kita hayati semua kata2 yang tertulis pastinya kita akan merenung kembali semua perbuatan lampau kita malah setiap pandangan kita terhadap orang lain.. Tiada manusia yang sempurna namun kita masih mampu untuk memperbaiki setiap kelemahan kita dari hari ke hari InsyaAllah.. Kalau kita sedang bergembira luangkan masa walau sesaat untuk bersyukur pada Allah S.W.T dan walaupun kita sedang bersedih luangkan juga walau seminit untuk mengadu kepadanya..InsyaAllah barakah sentiasa bersama kita semua..
AMIN.... ^___^

Thursday, October 24, 2013

Sinopsis dan Link Drama Jangan Ambil Padang Kami


    Assalamualaikum, jumpa lagi heee now we going to say bye bye to October and say hye hye to
November yihaaa.. Okey tak pa, waktu tetap berjalan walau apapun yang berlaku, so selagi bernafas kena terus berjuang untuk hidup.. For this entry i want to share about drama plak hehe.. saya ni salah sorang peminat bidang seni, tak kira la lukisan, lakonan, muzik or whatever yang berkaitan dengan seni memang saya minat. Tak nak story panjang cuma this time i will talk more about malay's drama. Pendapat saya sendiri la kan actually saya lebih suka tengok drama melayu compare with filem melayu.. It's just my opinion ja la, masing ada pendapat sendiri kan kan heee..


    Oritee nak share skit pasal satu drama yang disiarkan di ASTRO RIA, first time saya tertarik untuk menonton cerita ni sebab ada Beto Kusyairi dan Syazwan Zulkifli ja ponnn heee, tapi bila dah tengok perghh jauh cinta teruihh haa.. suka sangat cerita ni banyak kali tengok pun tak pernah jemu.. Jom kita layan kit sinopsis cerita ni..

Sinopsis :

 Nik, 15, seorang budak lelaki sedang bersiap untuk bermain bola di padang. Dengan berpakaian lengkap persis seorang pemain bola sepak professional walaupun nampak seperti memakai baju pinjam - gelebeh dengan baju yang besar - tetapi mempunyai hati seorang bintang bola sepak terkenal.

    Sedang dia melangkah dengan bola di tangan, tiba-tiba beliau dikejutkan dengan bunyi bising beberapa pekerja yang mahu memasang papan tanda besar yang mengatakan bahawa kawasan padang itu akan didirikan dengan sebuah rumah kedai empat tingkat yang mempunyai lebih dari satu blok. Beberapa lelaki yang lengkap dengan baju kontraktor, menghalaunya keluar dari padang itu. Nik yang memang sedikit lembab, tidak mahu berganjak dari padang itu. Dia menangis - salah seorang lelaki pekerja di situ, telah hilang sabar dan terus mengherdik Nik. Nik terus melarikan diri dan bertemu abangnya, Zain, 18.    Zain pergi ke padang itu dan baru dapat tahu yang satu-satunya padang bola-sepak di kawasan condo/apartment/flat kediaman mereka itu bakal didirikan dengan bangunan rumah kedai. Zain bukan sahaja marah akan hal adiknya yang diherdik, malah, sekarang ini perkara berkenaan menjadi lebih peribadi disebabkan padang itu. Zain dan Nik mula mengumpulkan rakan-rakannya – Labu, Murat, Juju, Maizatul dan Akmar untuk mula menyiasat.    Mereka tujuh sahabat mula naik turun pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengetahui apa yang sebenarnya dirancangkan untuk padang berkenaan. Seboleh mungkin mereka bernekad untuk mengetahui siapa yang berkuasa terhadap Tanah berkenaan.
    Ini akan jadi satu pengembaraan di kalangan tujuh sahabat ini untuk “menyelamatkan” padang mereka. Sama ada mereka berjaya atau tidak bukan jadi materinya, tetapi yang penting ialah perjuangan dan pendirian.


   
  Haaa macam tu la sikit sebanyak sinopsis cerita ni, tapi kalau tengok drama dia memang bestt kompom layan punya lahh.. Tak caya??????????? haa nah tengok semua 13 episod cerita ni dekt link di bawah ni.. tengok bagi habih lepas tu baru bagitau best ka tak best okey.. huhu...

Link :

http://www.youtube.com/watch?v=GNxGrDK1vUM  (Eps.1)

http://www.youtube.com/watch?v=Ph7E80Zhpo8  (Eps.2)

http://www.youtube.com/watch?v=1U5BlXOYoEY  (Eps.3)

http://www.youtube.com/watch?v=rNpg8JwTKiw  (Eps.4)

http://www.youtube.com/watch?v=MX_PuN8mKTM  (Eps.6)

http://www.youtube.com/watch?v=a5xKB7CGBJM  (Eps.7)

http://www.youtube.com/watch?v=x-nC_aNi21M  (Eps.8)

http://www.youtube.com/watch?v=QvTRzyof9KA  (Eps.9)

http://www.youtube.com/watch?v=kUL5RpqEaOM  (Eps.10)

http://www.youtube.com/watch?v=AIuNC7rJa6A  (Eps.12)

http://www.youtube.com/watch?v=v9t2GwUyAQ4  (Eps.13)




p/s : Link untuk episod 5 dan 11 tak da.. Nanti kalau saya jumpa saya masukkan yer.. heeee Enjoy The Show ^___^ <3


Monday, October 14, 2013

AidilAdha dan Puasa Sunat Arafah


    Assalamualaikum, akhirnya dapat peluang nak update blog ni lagi heee.. BTW tomorrow kita semua umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha, mengingatkan semula kita kepada peristiwa Zaman Nabi Ibrahim a.s mendapat wahyu daripada Allah S.W.T untuk menyembelih anaknya, walaupun dengan rasa yang amat sedih beliau tetap melaksanakan perintah yang dituntut oleh Allah S.W.T. Namun begitu dengan kekuasaan yang ada pada Allah telah menukar anak itu kepada seekor kambing.
 
    Kisah ini adalah sumber daripada Surah Al-Quran Ash-Shaffat ayat 104-107. Kisah yang dikatakan bahawa setelah Nabi Ibrahim a.s berpindah dari negeri kaumnya, ia memohon kepada Allah S.W.T agar dikurniakan seorang anak yang soleh. Doa Nabi Ibrahim a.s dimakbulkan oleh Allah S.W.T apabila isterinya Hajar melahirkan seorang bayi tampan rupawan yang diberi nama Ismail. Ketika itu usia Nabi Ibrahim a.s 86 tahun. Namun, Allah telah menguji kepasrahan serta kesabaran Nabi Ibrahim a.s
 
    Pada suatu malam, Nabi Ibrahim a.s telah bermimpi agar menyembelih anaknya, Ismail. Beliau telah bermimpi sebanyak 3 kali, namun perintahnya juga tetap sama supaya menyembelih anak kesayangannya itu. Akhirnya Nabi Ibrahim yakin bahawa itu merupakan perintah Allah yang harus dilaksanakannya. Ini merupakan sedikit sebanyak kisah Nabi Ibrahim a.s yang sebenarnya telah memberi makna pengorbanan sebenar sempena Hari Raya Aidiladha selain daripada jemputan umat islam untuk menunaikan haji.

    Selain dari tu mungkin kita boleh sentuh sikit tentang puasa sunat Arafah yang kebiasaanya dilaksanaan oleh umat islam pada tanggal 9 Zulhijjah dan disunatkan untuk mengerjakan ibadah ini bagi umat islam yang tidak dapat mengerjakan ibadah haji. Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah : “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim). Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah  ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim). Rasulullah  juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”.

   

 Rasulullah . bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”


p/s : Anyway selamat mengerjakan ibadah Puasa sunat Arafah pada mereka yang berpuasa hari ini dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat islam terutamanya yang mengenali diri ini ^_____^

Monday, September 23, 2013

Temuduga Pegawai PsikologiKu



 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, hye everyone.. September september and september.. just hoping it could be the best month for me this year.. ermm dah hampir penghujung bulan dah, can say yeahh it is nice but in a same time da jugak pahit dia.. Ermm never mind lupakan jap cerita2 lain fokus pada hari yang amat penting bagiku di bulan september ni.. Guest what?? pada 3/9/2013 sy dapat email suruh mai temuduga dekat Bangunan Zetro, Wangsa Maju Kuala Lumpur pada tanggal 9/9/2013 (isnin). Baca ja email tu teruih ketaq lutut ni haa.. mampoih dah nak pi temuduga plak hehe first time ni temuduga untuk kerja kerajaan dan dalam bidang yg memang sy study pun "Pegawai Psikologi". Macam2 dugaan la nak sampai ke KL tu kan, sampai last minit dah hari jumaat x dapat tiket lagi nak pi sana, tapi Allah tu sentiasa ada utk tolong kita. Berkat Allah S.W.T sampai la jugak ke sana ditemani seorang sahabat yg sudi membantu saat kita memerlukan. Thanks Tirah.

Kalau nak cerita perjalanan pi sana nanti panjang plak, kita short cut the story sampai la ke hari temuduga tu berlangsung. Jantung ni tak tau la berapa kilo meter sejam dia berdenyut punya ketaq hehe.. Anyway tetap control macho duk tunggu giliran, dalam masa yg sama tak sangka dapat jumpa balik beberapa member UMS, lepas la rindu balik kan dah macam reunion pun ada gak hihi. Tunggu punya tunggu sampai lah orang yg nak temuduga tu sampai. Tengok muka depa aisehh dua2 laki, cengey plak tu (cengey tu macam serius la muka nampak garang hehe). Boleh kata dalam 70 org jugak la yg pi temuduga hari tu, tak lama lepaih tu setiap orang dipanggil untuk duk bertiga2 dalam satu kelompok, ingatkan pasai pa rupanya nak masuk dalam bilik temuduga tu sekali 3 orang 3 orang.. "Perghhh lagi ketaq lutut".. Tiba2 nama sy dipanggil utk 3 orang pertama utk kelompok pertama.. What!!!!!!! OMG.. tak pa tak pa control meen control hehe..

Masuklah dalam bilik tu, kaki tangan punya sejuk "rasa macam masuk wad bedah pun ada jugak hehe".. bagi fail dekat penemuduga tu dan sy sebagai calon ke-3. Mula2 calon pertama diminta perkenalkan diri, tengok kak tu sembang perghh!! "dalam hati dok kata habih la aku tak pandai nak kona ayat macam ni, tak pa relax2 huhu".. sampai dekat calon ke-2 plak, dia ni member masa dekat UMS dulu, agak tersangkut2 jugak la dia jawab soalan2 kan tapi Alhamdulillah lepas gak azab dia.. Sampai la plak ke giliran sy.. 2 calon yg sebelum ni tak dak pun dia suruh speaking pa, mai ja giliran sy sorang penemuduga dari Sabah tu kata, u can speak in English? "Abihlaaaa aku" dgn confidentnya jawab YES I CAN.. berlagak tak?? hahaha.. Ketaq campoq nerves campoq sakit perut hampa bleh bayang tak situasi masa tu macamana?? Kita pun perkenai la diri semua dalam english dgan nada ketaq2 ni, nasib bek depa tak gelak hehe.. dah habis perkenalkan diri dan dah tak mampu kawal nerves ni sy ckp dkat penemuduga tu dengan slamber, Sory sy nerves sangat, can i speak in Malay?? Depa dua org pun angguk2, tak tau la potong markah ka tak hihi..

 Dalam dok story2 pasai aktiviti2 yang pernah kita join tu, penemuduga tu pon dok belek2 la sijil2 sy yg ada. Sampai la ke satu sijil tu sy pernah menyertai program Mentor Mentee. Penemuduga B kata haaa ni sy nak tanya ni, sy pun baru balik daripada program ni, jadi kamu tak boleh tipu sy la.. "Dalam kepala dok pikiaq pa plak dia nak tanya ni".. Cerita apa yg kamu dapat dalam program ni dan cerita tentang keseluruhan program ni serta fungsi dia. Huh!! okey my Goreng! time huhu.. dah habis goreng2, penemuduga A tu tanya dekat penemuduga B, haa puas hati dah dapat jawapan yg kamu nak?? kawan tu pun angguk2 hihi.. Legaaaaaaaaaa rasa.. Lepas tu apa lagi, kalau sebut psikologi ni kompom la banyak teori2 nama bagai kan, kita pun boh la mana teori yang ingat, camana nak aplikasi dalam sesi kaunseling semua. Jawatan ni lebih kepada Khidmat Negara, so kita banyak kaitkan dengan program PLKN tu sendiri la. Sampai la last sekali dia suruh gulung hujah pasaipa depa patut ambil sy utk kerja ni?? soalan standard la kan.. Kita pun goreng la sampai hangit sampai buat dia rasa bersaah kalau tak pilih sy hahaha (konon).

 Keluaq daripada bilik tu, jantung kembali berdegup normal semua kembali normal, rasa macam baru lepas azab besaq punya hehe.. Anyway ni memang satu pengalaman yg sangat bermakna la.. Muka penemuduga tu memang nampak cengey tapi depa baik2 ja pun.. Alhamdulillah semua selesai dengan baik, cuma sekarang ni masih menunggu keputusan ja la. Semuanya sekarang serah pada Allah ja, usaha dah tinggal doa dan berserah ja.. InsyaAllah.. Panjang dah story ni, nanti sambung cerita lain plak yerr hihi.. See yaaa.. kalau da yang nak tau apa lagi soalan2 yg ditanya boleh ja tanya jangan segan2 hihi.. Bubyeeeee.. Waiting for October Wehoooo!!! ^^___^^