Saturday, October 26, 2013

Muhasabah Diri


     Assalamualaikum, oritee boring time tak tau nak wat apa so teringat apa kata kita ambik sikit masa untuk sama2 muhasabah diri.. Kadang2 dalam hidup yang serba busy sekarang ni tambah dengan macam2 masalah yang datang bukan saja dari tempat belajar, malah tempat kerja dan dekat umah pun ada masalah sampaikan kepala serabut dan mengalami kebuntuan serta kemurungan.. Don't worry, tak da manusia yang tak da masalah, kalau ada yang tak da masalah tu bek pi cek doktor, bukan apa takut ada masalah lain plak hehe..

    Untuk entry kali ni saya nak ambik masa untuk muhasabah diri dan saya harap apa2 saja kata2 yang saya boleh kongsi disini dapat bagi manfaat pada kita semua, kalau bukan secara menyeluruh sikittttt pun jadi la yer hehe.. cuba kita sama-sama renungkan kata2 ini :

** Menjadi POSITIF atau NEGATIF adalah pilihan kita. Tiada siapa yang boleh memperngaruhi kita menjadi salah satu darinya kalau kita sendiri TIDAK MAHU..

** Bila Kita di kedudukan paling tinggi, orang dikeliling kita penuh kepalsuan, Bila kita dikedudukan paling rendah, orang dikeliling kita paling jujur.

** Biar nampak miskin janji ada duit, Jangan nampak kaya tapi tak ada duit.

** Kita sering maafkan dosa sendiri, tapi berlebihan menghukum dosa orang lain. Jika kita percaya tuhan akan ampuni kita, begitu juga orang lain.

** Walau sehitam mana pun sejarah hidup kita, selagi kita bernyawa selagi itu kita masih berpeluang menjadi ahli SYURGA..

** Orang yang melakukan dosa akan resah kerana sentiasa diburu rasa bersalah bukan sahaja kepada Allah S.W.T tetapi juga kepada diri sendiri.

** Jika dosa itu berbau, nescaya kau tak mampu keluar rumah kerana malu busuk tubuhmu dikesan orang, kerana bau dosa2 mu.


    Kalau kita hayati semua kata2 yang tertulis pastinya kita akan merenung kembali semua perbuatan lampau kita malah setiap pandangan kita terhadap orang lain.. Tiada manusia yang sempurna namun kita masih mampu untuk memperbaiki setiap kelemahan kita dari hari ke hari InsyaAllah.. Kalau kita sedang bergembira luangkan masa walau sesaat untuk bersyukur pada Allah S.W.T dan walaupun kita sedang bersedih luangkan juga walau seminit untuk mengadu kepadanya..InsyaAllah barakah sentiasa bersama kita semua..
AMIN.... ^___^

No comments:

Post a Comment