Thursday, October 24, 2013
Sinopsis dan Link Drama Jangan Ambil Padang Kami
Assalamualaikum, jumpa lagi heee now we going to say bye bye to October and say hye hye to
November yihaaa.. Okey tak pa, waktu tetap berjalan walau apapun yang berlaku, so selagi bernafas kena terus berjuang untuk hidup.. For this entry i want to share about drama plak hehe.. saya ni salah sorang peminat bidang seni, tak kira la lukisan, lakonan, muzik or whatever yang berkaitan dengan seni memang saya minat. Tak nak story panjang cuma this time i will talk more about malay's drama. Pendapat saya sendiri la kan actually saya lebih suka tengok drama melayu compare with filem melayu.. It's just my opinion ja la, masing ada pendapat sendiri kan kan heee..
Oritee nak share skit pasal satu drama yang disiarkan di ASTRO RIA, first time saya tertarik untuk menonton cerita ni sebab ada Beto Kusyairi dan Syazwan Zulkifli ja ponnn heee, tapi bila dah tengok perghh jauh cinta teruihh haa.. suka sangat cerita ni banyak kali tengok pun tak pernah jemu.. Jom kita layan kit sinopsis cerita ni..
Sinopsis :
Nik, 15, seorang budak lelaki sedang bersiap untuk bermain bola di padang. Dengan berpakaian lengkap persis seorang pemain bola sepak professional walaupun nampak seperti memakai baju pinjam - gelebeh dengan baju yang besar - tetapi mempunyai hati seorang bintang bola sepak terkenal.
Sedang dia melangkah dengan bola di tangan, tiba-tiba beliau dikejutkan dengan bunyi bising beberapa pekerja yang mahu memasang papan tanda besar yang mengatakan bahawa kawasan padang itu akan didirikan dengan sebuah rumah kedai empat tingkat yang mempunyai lebih dari satu blok. Beberapa lelaki yang lengkap dengan baju kontraktor, menghalaunya keluar dari padang itu. Nik yang memang sedikit lembab, tidak mahu berganjak dari padang itu. Dia menangis - salah seorang lelaki pekerja di situ, telah hilang sabar dan terus mengherdik Nik. Nik terus melarikan diri dan bertemu abangnya, Zain, 18. Zain pergi ke padang itu dan baru dapat tahu yang satu-satunya padang bola-sepak di kawasan condo/apartment/flat kediaman mereka itu bakal didirikan dengan bangunan rumah kedai. Zain bukan sahaja marah akan hal adiknya yang diherdik, malah, sekarang ini perkara berkenaan menjadi lebih peribadi disebabkan padang itu. Zain dan Nik mula mengumpulkan rakan-rakannya – Labu, Murat, Juju, Maizatul dan Akmar untuk mula menyiasat. Mereka tujuh sahabat mula naik turun pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengetahui apa yang sebenarnya dirancangkan untuk padang berkenaan. Seboleh mungkin mereka bernekad untuk mengetahui siapa yang berkuasa terhadap Tanah berkenaan.
Ini akan jadi satu pengembaraan di kalangan tujuh sahabat ini untuk “menyelamatkan” padang mereka. Sama ada mereka berjaya atau tidak bukan jadi materinya, tetapi yang penting ialah perjuangan dan pendirian.
Haaa macam tu la sikit sebanyak sinopsis cerita ni, tapi kalau tengok drama dia memang bestt kompom layan punya lahh.. Tak caya??????????? haa nah tengok semua 13 episod cerita ni dekt link di bawah ni.. tengok bagi habih lepas tu baru bagitau best ka tak best okey.. huhu...
Link :
http://www.youtube.com/watch?v=GNxGrDK1vUM (Eps.1)
http://www.youtube.com/watch?v=Ph7E80Zhpo8 (Eps.2)
http://www.youtube.com/watch?v=1U5BlXOYoEY (Eps.3)
http://www.youtube.com/watch?v=rNpg8JwTKiw (Eps.4)
http://www.youtube.com/watch?v=MX_PuN8mKTM (Eps.6)
http://www.youtube.com/watch?v=a5xKB7CGBJM (Eps.7)
http://www.youtube.com/watch?v=x-nC_aNi21M (Eps.8)
http://www.youtube.com/watch?v=QvTRzyof9KA (Eps.9)
http://www.youtube.com/watch?v=kUL5RpqEaOM (Eps.10)
http://www.youtube.com/watch?v=AIuNC7rJa6A (Eps.12)
http://www.youtube.com/watch?v=v9t2GwUyAQ4 (Eps.13)
p/s : Link untuk episod 5 dan 11 tak da.. Nanti kalau saya jumpa saya masukkan yer.. heeee Enjoy The Show ^___^ <3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment