Monday, October 14, 2013
AidilAdha dan Puasa Sunat Arafah
Assalamualaikum, akhirnya dapat peluang nak update blog ni lagi heee.. BTW tomorrow kita semua umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha, mengingatkan semula kita kepada peristiwa Zaman Nabi Ibrahim a.s mendapat wahyu daripada Allah S.W.T untuk menyembelih anaknya, walaupun dengan rasa yang amat sedih beliau tetap melaksanakan perintah yang dituntut oleh Allah S.W.T. Namun begitu dengan kekuasaan yang ada pada Allah telah menukar anak itu kepada seekor kambing.
Kisah ini adalah sumber daripada Surah Al-Quran Ash-Shaffat ayat 104-107. Kisah yang dikatakan bahawa setelah Nabi Ibrahim a.s berpindah dari negeri kaumnya, ia memohon kepada Allah S.W.T agar dikurniakan seorang anak yang soleh. Doa Nabi Ibrahim a.s dimakbulkan oleh Allah S.W.T apabila isterinya Hajar melahirkan seorang bayi tampan rupawan yang diberi nama Ismail. Ketika itu usia Nabi Ibrahim a.s 86 tahun. Namun, Allah telah menguji kepasrahan serta kesabaran Nabi Ibrahim a.s
Pada suatu malam, Nabi Ibrahim a.s telah bermimpi agar menyembelih anaknya, Ismail. Beliau telah bermimpi sebanyak 3 kali, namun perintahnya juga tetap sama supaya menyembelih anak kesayangannya itu. Akhirnya Nabi Ibrahim yakin bahawa itu merupakan perintah Allah yang harus dilaksanakannya. Ini merupakan sedikit sebanyak kisah Nabi Ibrahim a.s yang sebenarnya telah memberi makna pengorbanan sebenar sempena Hari Raya Aidiladha selain daripada jemputan umat islam untuk menunaikan haji.
Selain dari tu mungkin kita boleh sentuh sikit tentang puasa sunat Arafah yang kebiasaanya dilaksanaan oleh umat islam pada tanggal 9 Zulhijjah dan disunatkan untuk mengerjakan ibadah ini bagi umat islam yang tidak dapat mengerjakan ibadah haji. Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim). Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah ﷺ ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim). Rasulullah ﷺ juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”.
Rasulullah ﷺ. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”
p/s : Anyway selamat mengerjakan ibadah Puasa sunat Arafah pada mereka yang berpuasa hari ini dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat islam terutamanya yang mengenali diri ini ^_____^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment