Assalamualaikum hye everyone, tanggal 25/9 yeah got some personal good news maybe hehe Alhamdulillah but as usual sy nak share tentang dunia seni komedi Malaysia.. Beberapa hari yang lepas kita disajikan dengan satu Majlis Anugerah Lawak Warna 2014 yang merupakan satu majlis yang mengiktirafkan anak-anak seni komedi tanah air. Pada saya majlis ini sememangnya layak diadakan untuk memberi penghargaan kepada insan-insan seni yang sentiasa membuatkan kita bergelak ketawa dan riang, mereka adalah PELAWAK2 tanah air.
Logo dan Trofi anugerah ini berbentuk mentol lampu..
Melihat kepada Logo dan Trofi yang diberikan kepada pemenang dengan reka bentuk mentol lampu bagi saya amat sesuai dengan kemampuan yang diperlukan oleh seorang insan yang bergelar pelawak.. Mereka sentiasa memerlukan idea-idea yang spontan untuk membuatkan orang ketawa, mereka juga perlu sentiasa peka dan sensitif dengan kehendak persekitaran untuk memastikan jenaka yang dibawa oleh mereka dapat diterima oleh khalayak ramai dengan sebaiknya. Fuh!! bukan senang oii nak buat orang gelak tambah-tambah plak dan Malaysia ni kita ada pelbagai golongan lapisan masyarakat dan pastinya setiap lapisan ini mempunyai cara penerimaan sesuatu komedi yang berbeza. Kalau dahulunya pelawak ini dianggap macam "sambal belacan" la senang cakap sebagai penambah perisa untuk menyedapkan lagi satu-satu sajian.. Tapi sekarang ni kita boleh tengok lawak dah macam menu utama dalam sajian makanan kita setiap hari.. Syabas pelawak2 Malaysia baik zaman dahulu mahupun sekarang.
Bercakap tentang Anugerah Lawak Warna yang baru berlangsung kita dapat lihat pelbagai kategori yang mempertandingkan artis-artis komedi tanah air. Tapi dalam banyak-banyak anugerah yang disampaikan, saya sangat tertarik dengan Anugerah Kategori Khas Juri yang diberikan kepada Datuk Jamali Shadat dan Pak Hamid Gurkha, seniman lawak yang cukup lama menyerikan dunia seni lawak tanah air. Zaman mak ayah kita dulu haa mereka ni lah yang menjadi penyeri dunia lawak Malaysia. Anugerah ini sebenarnya tidak mampu untuk mengiktiraf jasa mereka didalam dunia seni yang sebenarnya begitu besar, namun begitu pastinya ia sedikit sebanyak memberi kegembiraan serta penghargaan buat mereka yang sudah bergelar veteran. Begitu juga dengan anugerah Pencapaian Sepanjang Zaman yang telah diberikan kepada salah satu kumpulan komedi paling popular era 90an tak lain dan tak bukan kumpulan SENARIO. Sejujurnya saya sendiri membesar dengan lawak-lawak dari kumpulan ini dan memang tak pernah miss la tengok telatah dorang setiap minggu di Tv3 sebelum muculnya rancangan2 realiti komedi seperti Raja Lawak dan sebagainya dan pada saya semamangnya anugerah ini selayak-layaknya diberikan kepada mereka.
KATEGORI TERBAIK
1. FILEM KOMEDI TERBAIK: Sejoli (PrimeWorks Studio)
2. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM): Bront Palarea (Sejoli)
3. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM): Maya Karin (Sejoli)
4. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (TV): Kazar Saisi (Bila Joyah Dah Goyah)
5. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV): Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)
6. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BERSIRI): Maharaja Lawak Mega 2013 (APSB/Homegrown)
7. SIRI TV KOMEDI TERBAIK (BERSIRI): Oh My English - April Fool (Red Communication)
8. SIRI KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI): Karoot Komedia Raya
9. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI):Bila Joyah Dah Goyah
10. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (TV): Bila Joyah Dah Goyah - Nazir Jamaluddin
11. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (FILEM): Sejoli - Osman Ali
Bercakap pula mengenai kategori popular yang mana pilihan pemenang bagi kategori ini dipilih menerusi undian SMS oleh rakyat Malaysia menyaksikan pemenang yang dijangka untuk kategori Artis Lawak Lelaki Paling Popular yang telah dijulang oleh Jep Sepahtu, kemenangan ini telah dijangka apabila melihat kepada sokongan padu berterusan daripada peminat2 beliau yang Jep sendiri panggil Luar Biasa hehe.. Bagi Kategori Artis Lawak Wanita Paling Popular pula kejutan telah berlaku apabila Sharifah Sakinah diangkat sebagai pemenang buat pertama kalinya. Bagi kategori Segmen Komedi Radio Paling Popular juga bagai sudah dijangka apabila mereka sendiri sebenarnya mendominasi ruang calon2 yang tersenarai untuk menang pada malam tersebut pastinya Johara Pagi Era. Debaran yang dinantikan telah pun terjawab, keseluruhannya mereka ini pastinya layak diberikan penghargaan dan setinggi tahniah buat semua pemenang. Satu lagi nak sentuh sikit ja pasal pengacara, one word for you Dato Ac Mizal, you are Awsome seriously, keep it up dan harap next year pun Dato jugak pengacaranya hehe..
Okeylah dah banyak celoteh untuk story ni, time untuk tengok Bajet 2015 plak hehe, anyway semalam my birthday so thank you so much pada semua yang wish saya, moga doa anda dimakbulkan Allah dan anda semua juga dirahmatinya amin.. Bubyee guys.. Assalamualaikum..










.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)





.jpg)