A Doctor In The House Yooo!!!
Mesti kenal kan wajah tokoh terbilang di atas ni, sapa lagi kalau bukan Ayahnda kita Tun Dr.Mahathir Mohamad yang juga dikenali sebagai Bapa Pemodenan. Kalau kita bercakap tentang Perdana Menteri tak kira la di negara mana sekalipun pastinya masyarakat akan melihat kepada sumbangan-sumbangan yang mereka berikan sepanjang karier sebagai pemimpin yang merupakan individu penting dalam sesebuah negara. Orite tak mau beletiaq panjang meh kita go trough apa sumbangan2 Ayahnda Tun pada Malaysia :
Pada awal tahun pentadbirannya, Dr.Mahathir telah melancarkan Dasar Pandang ke Timur, dimana kerajaan berpaling ke negara2 timur yang maju seperti Jepun dan Korea Selatan untuk usaha bersama dalam bidang perdagangan, pendidikan serta sektor2 lain yang berkaitan. Pada 1990, Dr.Mahathir melancarkan Wawasan 2020, pelan yang menggariskan hasrat serta halatuju kerajaan dan rakyat Malaysia untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020. Tun Mahathir juga melangkah setapak lagi meninggalkan era ekonomi pertanian mundur ke arah era maklumat dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Projek MSC ini merangkumi aplikasi2 seperti elektronik, tele-perubatan dan kad pintar sebaguna. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA juga hasil idea beliau yang terletak tidak jauh dari MSC. Selain dari itu bangunan gergasi yang menampilkan bangunan pejabat tertinggi dunia, Menara Berkembar Petronas serta pusat penyelidikan dan pembangunan berteknologi tinggi "Putrajaya" bandar pintar pertama di dunia yang kini menjadi pusat pentadbiran Malaysia. Projek mewah lain seperti Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang juga tercetus daripada merupakan hasil idea bernas daripada Ayahnda Tun sendiri.
Tokoh yang mempunyai pendirian tegas serta digeruni negara2 luar
Luar negara mahupun di persada antarabangsa Dr.Mahathir sangat berani dan terbuka menyatakan pendirian negara. Beliau juga dianggap sebagai jurucakap kepada negara-negara Dunia Ke-3 mahupun dunia Islam. Tun Mahathir menjadi pengkritik utama kuasa barat mengenai kegagalan menangani pedagang matawang yang membawa kepada punca krisis ekonomi awal 1990-an. Apabila keganasan anatarabangsa memuncak pada awal alaf baru, Tun merupakan individu yang paling lantang mengecam tindakan pengganas. Ayahnda Tun juga dikenali sebagai "The Voice of The South, The Master Strategist", "Hero of The Underdog" dan juga dikenali sebagai "Ibnu Khaldun" di abad ke-21. Selain dari itu Tun Mahathir juga pernah diberi beberapa gelaran2 yang negatif daripada mereka2 yang tidak menyukainya. Kalau mengikut kepada kajian demografi, tempoh 30 tahun dihitung sebagai satu generasi dan melihat kepada tempoh masa Tun berjuang dalam arena politik ini adalah digambarkan selama 1 generasi iaitu bermula daripada zaman generasi beliau bermula sehingga lepas kemerdekaan dan seterusnya.
Banyak lagi sebenarnya sumbangan Ayahnda Tun Dr Mahathir terhadap negara serta orang2 melayu khususnya. Saya sangat sedih melihat masih ada lagi orang2 yang menghina serta mencaci Tun seolah2 tokoh ini hanya melakukan dosa sepanjang hayatnya. Celiklah akal serta mata melihat kebaikan orang daripada keburukkannya. Tak ada negara yang mampu bangun sepantas Malaysia selepas dijajah, namun dengan lahirnya tokoh ini di bumi bertuah Malaysia, segala galanya berubah.. Beliau disanjung oleh masyarakat negara luar hinggakan ada yang merayu supaya beliau menjadi pemimpin negara mereka.. Orang luar lebih pandai menilai berbanding orang sendiri yang hanya tahu menghentam sesama sendiri.. Bersyukurlah dengan nikmat Allah sebelum ianya ditarik semula.. Alhamdulillah Syukur Ya Allah telah meletakkan ku di sebuah negara bernama Malaysia dan Terima Kasih banyak Ayanda Tun Dr.Mahathir atas segala galanya.. Love You Ayahnda...
Hidupnya tak pernah lekang dengan buku.
Tokoh yang mempunyai karisma tersendiri.
Wira Malaysia, Wira Dunia
P/S : Sama2 kita doakan kesihatan Ayahnda Tun.. Semoga sihat sentiasa dan terus menjadi nadi Malaysia Amin..
.jpg)

.jpg)
.jpg)

No comments:
Post a Comment