Monday, December 23, 2013

Corat Coret MaharajaLawak Mega 2013...


    Assalamualaikum, hye hye come back untuk mengisi masa lapang huhu (time keja pun ada masa lapang tau) hehe bukan selalu la sekali sekala ja pun.. Anyway bila tiba ja bulan December hampir seluruh rakyat malaysia khususnya Pencinta Lawak macam saya ni akan mengalami demam Maharajalawak Mega. Yeahh and now we feel the fever again in 2013 hihi.. Maharajalawak Mega dah masuk minggu yang ke-6 dah baru-baru ni dan kepada penggemar2 realiti show ni pastinya dapat melihat kebanyakkan daripada pelawak2 Favourite yang bertanding masih lagi kekal di dalam program ini dan belum ada sebarang kejutan penyingkiran yang berlaku setakat ini kecuali kumpulan yang dijangka ramai akan menggondol juara tahun ini iaitu SEPAHTU berada di "Bottom 3" pada minggu ke-6.

     This is actually a really big surprised to us terumatanya penyokong2 tegar kumpulan SEPAHTU. Mereka bukan tak kelakar cuma pandangan saya adalah peminat2 kumpulan SEPAHTU ini telah meletakkan kedudukan mereka yang tinggi yang mana harapan mereka juga tinggi untuk melihat persembahan terbaik dari kumpulan kesayangan mereka ini setiap minggu. Apabila keinginan itu tidak dipenuhi haaa tu lah mula timbulnya kata2 yang kurang enak didengar oleh segelintir peminat sendiri. Pada saya ya memang SEPAHTU nampak agak menurun persembahan mereka sejak kebelakangan ini but Mission Not End Yet.. Masih ada beberapa minggu untuk mereka buktikan sesuatu buat peminat2 semua. Kita tahu kemampuan mereka thats why we really hope they can show to us something better next time..  

SEPAHTU Favourite untuk menang MLM 2013

    Melihat kepada performance pelawak2 di Maharajalawak Mega 2013 ni pada setiap minggu, saya secara personally la sejak awal lagi mempunyai repsect yang tinggi terhadap satu2 nya peserta yang sangat berani tampil secara solo siapa lagi kalau bukan abg NABIL AHMAD. Tak semua orang ataupun pelawak mampu berlawak secara solo dan kebanyakkannya daripada kumpulan2 yang handal pun kelihatan kekok apabila tampil solo, tapi tidak bagi pemuda kelahiran Negeri Sembilan ini (ni pandangan saya la) hehe.. Pada saya he is really "spontan" guys, telatah dia, kata2 dia, idea and kreativiti dia pastinya boleh buat orang ketawa, no doubt about that and personally juga saya melihat ketika bangbil kita ni join kumpulan Boboy nampak ruang dia untuk bercakap sangat terhad but bila sesekali he give a punchline, everyone will laugh. As we know he is really talkative person, so bila tak dapat ruang nak bercakap tu mula la nampak gelisah dia haha..

NABIL AHMAD One of my Favourite for MLM 2013

    Di saat tumpuan rakyat Malaysia rata-rata menuju ke arah kumpulan SEPAHTU yang tidak dapat disangkal lagi mempunyai jumlah peminat yang ramai serta sentiasa menerima undian yang tinggi tiba2 muncul satu bintang yang semakin terserlah sinarnya (ewahh ayat bukan main lagi hehe). Sapa lagi kalau bukan kumpulan SHIRO. Sejujurnya la SHIRO ni sebenarnya one of my favourite team jugak, sejak dari 1st week lagi memang this is one of the group that i really waiting for to look at. Gandingan Ajak dan Shahrol ni memang sangat hebat dah macam adik beradik dua orang ni, and saya berani cakap in my view SHIRO is the most consistent group in Maharajalawak Mega 2013. Minggu ke-6 for me is SHIRO week, dorang berjaya buat saya ketawa sampai keluar air mata dengan gelagat "massage" ala2 WWE hahaha.. memang gila la dua orang ni but both of them memang sweet haha. Anyway Congrates to Shahrol Shiro menang Man Of  The Match di minggu ke-6, u really deserve it.. Memang SHIRO bestt, kalau konsisten macamni confirm bleh Championlah hehe..

 SHIRO Pelawak Muda berbakat besar.. Nyesal jumpa tak bergambar dgn dorg haritu eh eh..

    Satu lagi kumpulan yang sentiasa mendapat sambutan serta jeritan gemuruh dari peminat-peminat ketika buat persembahan adalah JAMBU. Yeah ni la kumpulan yang bagi saingan sengit masa Maharajalawak Mega 2012 dengan juara time tu kumpulan JOZAN. Pasangan Yus dan Tauke ini tak dinafikanlah memang mempunyai lawak yang spontan dan lawak. Namun pada saya lawak dorang setakat minggu ke-6 ni ada pasang surut dia, kadang tu memang lawak tapi ada jugak minggu yang nampak down skit but still can see effort on their performance. Cuma pandangan saya la kan, ini just pandangan okey everyone have their own opinion include me hehe, pada saya lawak JAMBU ni tak berapa cerdik la atau lebih sopan kurang isi dia.. Lawak memang lawak tapi tak ada isi yang boleh kita manfaatkan (bukan semua show yer tapi kebanyakkannya macamtu) hihi.. But JAMBU still antara favourite jugak untuk Maharajalawak Mega 2013 hihi...

JAMBU antara senior di MLM 2013...

    Demikianlah sedikit sebanyak corat coret saya tentang MaharajaLawak Mega 2013 sampai ke minggu ke-6, ada lagi la beberapa kumpulan yang saya tak mention dalam ni macam kumpulan BOCEY, COMEY, SYJ dan WALA. Saya tak story pasal kumpulan2 lain ni bukan sebab dorang tak best.. No No No.. masing2 ada lawak dan style tersendiri macam SYJ yang dibarisi seorang pelawak otai iaitu Yassin berganding bersama pelawak wanita yang mempunyai karisma tersendiri Jihan dan Shuk orang negeri ceq hehe.. Kumpulan ni juga menampakkan persembahan serta kualiti lawak yang semakin baik minggu ke minggu, senang kata tak mengecewakan la hehe (rasa macam juri plak komen2 camni hihi). BOCEY kumpulan yang pada awalnya boleh dikata tak diberi perhatian la mungkin disebabkan barisan ahli kumpulannya yang rata2 masih baru dalam dunia seni lawak Malaysia dan masih kurang menonjol, namun sehingga minggu ke-6 ini boleh dikatakan BOCEY juga antara kumpulan yang menunjukkan prestasi konsisten (dah macam sukan plak kan konsisten ni hehe). Kumpulan WALA satu-satunya mewakili Sabahan juga tidak kurang menampakkan kualiti yang baik dalam persembahan setiap minggu begitu juga dengan kumpulan COMEY.

    Dah panjang lebaq celoteh ni (juri MLM pun x komen panjang camni) hihi.. Apapun dan macamana pun prestasi dorang dalam MLM ni kita tidak boleh menafikan mereka2 ini lah antara individu2 yang sentiasa menceriakan hari2 kita sekeluarga. Tak hairanlah bila dikata MaharajaLawak Mega ini mampu capai jutaan jumlah penonton setiap kali Siaran Langsung. Jadi mungkin saya boleh selitkan sikit la pandangan saya dekat sini, jangan la kita menyanjung bila mereka berada diatas dan menghina atau mencaci bila mereka dibawah. Formula saya senang saja, kalau rasa bagus and nak undi so just undi, kalau rasa tak bagus and tak patut diundi so tak payah undi.. Senang kan formula Algebra ni hihi.. Tak payah lah sampai nak mengkritik sampai boleh menjatuhkan seseorang yer.. Anyway saya support semua dalam MLM 2013 ni, All The Best to them and semoga yang betul2 kualiti dan layak memegang takhta ini akan menjulangnya di Final InsyaAllah..

p/s : Tak sabar nak tunggu MaharajaLawak Minggu Ke-7 Tema Muzikal Komedi huhu....
    

No comments:

Post a Comment