Assalamualaikum hye Malaysia.. Counting day untuk mengakhiri tahun 2013 bukan mengakhiri zaman bujang ok, yang tu belum lagi hehe.. Personally saya ni memang jenis orang yang jarang keluar rumah dan memang kalau boleh 24 jam nak dok rumah saja but dengan syarat mesti kena ada TV dan Channel Astro 132, WAJIB!! ok hehe.. Kalau nak share tentang life saya, boleh kata im quite alone walaupun di rumah dipalit dengan pelbagai keadaan kelam membuatkan saya lebih banyak suka menghabiskan masa bersendirian even i have family around me. Tak bermaksud saya jenis tak bercampur, tapi situation make me be like this, but who know me will know well about me, don't judge the book by it's cover okey hihi..
For this entry and saya rasa sangat-sangat terpanggil untuk share dan menulis tentang orang-orang hebat yang sentiasa menyinari hidup saya sehari harian (selain my family yer). Semua pasti biasa dengar pepatah "Laugh is the best Medicine for every pain" ini hakikat sebenar yang perlu saya akui kerana saya sentiasa melaluinya. Yess benar hidup penuh cobaan penuh cabaran penuh dugaan dan saya merasainya serta melaluinya dengan penuh tabah dan pasrah but it doesn't means saya menyerah No No No!! hehe.. Alamakk terluah perasaan plak skit, tak pa la kira halal la eh hehe.. Anyway apa yang saya nak kongsikan dekat sini sebenarnya adalah tentang hero-hero yang sentiasa menyelamatkan hari-hari duka saya dengan membuat ukiran senyuman on my lips (pstt!! kadang2 bukan ukiran ja tau, gelak x hingat haa jiran sebelah pun boleh dengar huhu).
Kalau zaman budak2 dulu memang saya membesar dengan lawak2 kumpulan Senario, Cecupak, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Salam Pantai Timur dan sebagainya. Terutamanya Senario memang tak pernah miss la dok depan tv setengah jam tengok pun memang rasa tak puas sebab dorang lah antara pelawak kumpulan terbaik pada waktu itu. Segala-galanya berubah apabila Astro memperkenalkan satu program realiti Raja Lawak musim pertama yang memperlihatkan lahirnya permata-permata baru dunia lawak Malaysia. Boleh dikatakan program Raja Lawak ini sendiri sebenarnya telah mencetuskan satu fenomena yang mengkagumkan serta dalam masa yang sama telah mengangkat martabat Pelawak Tanah Air ke satu peringkat yang dipandang tinggi.
Kumpulan Senario Kompom 1 Malaysia Kenal nihhhh...
Pi Mai Pi Mai Tang Tu antara skestsa komedi yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia..
Saiful Apek.. The Legend Gitu-Gitu hihi.. Favourite nih..
Program realiti Lawak yang telah mengubah wajah serta melahirkan ramai comedian terbaik Malaysia.
Antara wajah2 penghibur hatiku yang telah lahir dari program realiti Raja Lawak.
Kalau ikut hati memang nak story panjang pasal hero-hero dan heroin malaya ni, tapi tak sempat dah ni ceq nak kena balik dah hehe.. Next2 entry saya akan terus share pasal pelawak2 idaman Malaya ni wokey.. Terus menyokong dorang, sekarang ni tengah panas program Maharajalawak Mega 2013, so jangan lupa ya undi peserta2 favourite korang hehe.. okeylah to be continue.. See ya.............





No comments:
Post a Comment