Monday, December 30, 2013

SHIRO Menambat Hatiku ♥♥♥♥♥


    Assalamualaikum dan Salam akhir tahun, today tanggal 31th December dimana sudah tiba masa untuk kita mengucapkan Selamat Tinggal tahun 2013 dan melupakan segala kenangan pahit yang telah dilalui sepanjang tahun ini, setiap pengalaman kita jadikan pengajaran, dan segala kenangan manis kita jadikan bingkai "sweet memories" dalam hidup kita. Okeylah, today bukan nak story pasal diri saya, tapi as usual saya nak cerita tentang satu kumpulan lawak ni yang betul2 telah berjaya menarik saya untuk meminati mereka dengan lebih mendalam, kumpulan itu adalah SHIRO. Saya pasti ramai yang kenal duo ni, tapi kalau ada yang tak kenal jugak meh saya nak kenalkan (lihat gambar di bawah).

 SHIRO semakin mencipta nama dalam dunia lawak Malaysia dengan bakat tersendiri.

    Sebelum kita pi lebih jauh untuk cerita tentang SHIRO ni, meh kita kenali jap dua bintang muda dari Johor ini yang mempunyai bakat serta karisma tersendiri.

-Shahrol Shiro-

Nama Penuh : Shahrol Azizie B. Azmi
Nama Samaran : Shahrol
Asal : Kluang,Johor
Adik Beradik : Anak Sulung daripada 6 adik beradik.
Umur : 28 Tahun (tahun 2013)
Tarikh Lahir : 16 July 1985
Kerjaya : Berkerja Sendiri
Kejayaan : Juara Raja Lawak 6, Tempat Ketiga Dalam OGG, Sekolah Agama Sampai Darjah Khas & Juara Lari Bawa Telur Dalam Sukaneka Sekolah Rendah, Tempat ke-3 MLM 2012
Filem : Sepah The Movie & Ustazmu Tunggu Aku Datang
Drama : Super Lawak FC,Ini Baru Betul Raya,Cinta Tampal,Pucuk Muda Kerabu Taugeh,Konsert Kilauan Emas Aidilfitri,Mega Raya 2012,Warna Raya 2012, Shiro bermulanya satu cerita.

-Ajak Shiro-

Nama Penuh : Mohd Hanaffi B. Razak
Nama Samaran : Ajak
Asal : Kluang,Johor
Umur : 25 Tahun (tahun 2012)
Kerjaya : Emcee

Status : Berkahwin (2 orang anak)
Kejayaan : Juara Raja Lawak 6 Dan Tempat Pertama Dalam OGG, Tempat ke-3 MLM 2012.

Filem : Ustazmu Tunggu Aku Datang.
Drama : Ini Baru Betul Raya, Mega Raya 2012, Shiro bermulanya satu cerita

    Okeyh, lepas baca biodata tu sikit sebanyak kita lebih mengenali ahli kumpulan SHIRO dengan lebih dekat, personally sebenarnya saya mula meminati kumpulan ni sejak dorang menjuarai Raja Lawak Musim Ke-6 lagi. Watak serta persembahan yang dibuat setiap minggu memang sangat dekat di hati penonton dan telatah dorang ni jugak sebenarnya sangat mencuit hati. Mungkin time dorang menang Raja Lawak Ke-6 rakyat Malaysia belum nampak sepenuhnya keupayaan dua individu berbakat ini, sebab masa tu tumpuan kita lebih terarah kepada senior2 mereka yang terlebih dahulu lahir dari program realiti yang sama seperti Zizan Razak, Johan, Sepah, Nabil dan beberapa pelawak yang lain. Saya berani cakap la yang SHIRO merupakan antara kumpulan yang berani menggunakan ruang yang diberi sebaik mungkin.

    Ketika di MaharajaLawak Mega 2012, SHIRO merupakan antara kumpulan yang meletakkan nama mereka untuk bersaing dengan pelawak2 yang sudah mengukir nama di pentas lawak Malaysia. Pada awalnya boleh dikatakan mereka ini dilihat sebagai "underdog"ataupun bukan pilihan untuk menyerlah di pertandingan tersebut, namun SHIRO berjaya membuktikan sesuatu dan menepis segala pandangan tersebut serta berjaya mendapat tempat ke-3 di Maharajalawak Mega 2012 walaupun baru berusia setahun jagung dalam industri seni Malaysia.Pada waktu inilah SHIRO mula menapak nama mereka dengan lebih kukuh dalam industri hiburan dan dalam masa yang sama mereka mula membesarkan lagi jumlah peminat2 mereka di serata negeri di Malaysia khususnya.

SHIRO di MaharajaLawak Mega, smart kan dorang ni hehe..

Sudah berjaya mendapat tempat di hati peminat2 Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore.

     MaharajaLawak Mega 2013 yang kini semakin memanaskan kerusi setiap penduduk Malaysia every Friday tepat jam 10.00pm (panas sebab dorang duduk tengok cerita ni tak berganjak dari sofa hihi). As usual masing2 akan ada calon Favourite masing2 untuk menjuarai Program Realiti terbaik di Anugerah Skrin ini dan nama Sepahtu sekali lagi disebut2 untuk menjuarainya buat kali kedua. Saya takde plak letak favourite siapa2 yang akan menang but i still have my own favourite la kan and SHIRO adalah salah satu darinya. Minggu demi minggu dorang ni buat persembahan yang tak pernah mengecawakan peminat MLM khususnya. Boleh nampak effort dan kesungguhan dorang untuk berikan yang terbaik setiap minggu dan saya amat2 menghargainya. Every week juga SHIRO semakin menambat hati saya untuk meletakkan mereka sebagai peserta yang selayak-layaknya menang MLM 2013 ini. Walaupun MLM baru masuk minggu yang ke-7 namun saya sangat2 berpuas hati dengan SHIRO dan mereka jugalah kumpulan pertama yang berjaya buat saya ketawa sampai keluar air mata di minggu ke-6. OMG serious dorang ni sangat gila hahah.. Saya memang tak boleh tahan ketawa time abang Shahrol buat "massage" ala2 Thailand dekat abang Ajak. Sumpah lawak hahah..

Moga dapat lebih banyak lagi anugerah yer abang2 ku..

    Seperti yang semua orang tahu, format MaharajaLawak Mega ni setiap minggu semua peserta akan diberi tema yang perlu dorang ikut untuk membuat persembahan, bagi pi lah tema apapun dekat dua orang ni, memang tak pernah mengecewakan saya dan peminat2 mereka "Shiro Lovers"..Banyak punchline2 yang mereka bawa dalam persemmbahan adalah punchline2 baru yang sangat fresh dan berkesan di samping gerakan fizikal mereka juga sangat2 lucu dan menghiburkan. Andai persembahan SHIRO kekal konsisten seperti ini hingga minggu akhir saya pasti akan sangat kecewa kalau SHIRO tidak diangkat sebagai juara MaharajaLawak Mega 2013. So tunggu apa lagi semua peminat2 SHIRO teruskan mengundi abang2 kita ni supaya mereka menerima hadiah yang setimpal dengan usaha dan apa yang mereka persembahkan pada kita selama ini..

p/s : Cara mengundi kumpulan SHIRO di MaharajaLawak Mega 2013 

 SMS: Taip ML<jarak>[nama singkatan PESERTA] atau ML< 3/5/10><jarak>[nama singkatan PESERTA] untuk ( 3/5/10 undian) ke 32777
Contoh : ML10 [nama singkatan PESERTA] ke 32777.

Untuk 20 undian: Taip ML20<jarak>[nama singkatan PESERTA] ke 32777.


SELAMAT TAHUN BARU 2014, MOGA KITA SEMUA TERUS CEMERLANG.....


Monday, December 23, 2013

Corat Coret MaharajaLawak Mega 2013...


    Assalamualaikum, hye hye come back untuk mengisi masa lapang huhu (time keja pun ada masa lapang tau) hehe bukan selalu la sekali sekala ja pun.. Anyway bila tiba ja bulan December hampir seluruh rakyat malaysia khususnya Pencinta Lawak macam saya ni akan mengalami demam Maharajalawak Mega. Yeahh and now we feel the fever again in 2013 hihi.. Maharajalawak Mega dah masuk minggu yang ke-6 dah baru-baru ni dan kepada penggemar2 realiti show ni pastinya dapat melihat kebanyakkan daripada pelawak2 Favourite yang bertanding masih lagi kekal di dalam program ini dan belum ada sebarang kejutan penyingkiran yang berlaku setakat ini kecuali kumpulan yang dijangka ramai akan menggondol juara tahun ini iaitu SEPAHTU berada di "Bottom 3" pada minggu ke-6.

     This is actually a really big surprised to us terumatanya penyokong2 tegar kumpulan SEPAHTU. Mereka bukan tak kelakar cuma pandangan saya adalah peminat2 kumpulan SEPAHTU ini telah meletakkan kedudukan mereka yang tinggi yang mana harapan mereka juga tinggi untuk melihat persembahan terbaik dari kumpulan kesayangan mereka ini setiap minggu. Apabila keinginan itu tidak dipenuhi haaa tu lah mula timbulnya kata2 yang kurang enak didengar oleh segelintir peminat sendiri. Pada saya ya memang SEPAHTU nampak agak menurun persembahan mereka sejak kebelakangan ini but Mission Not End Yet.. Masih ada beberapa minggu untuk mereka buktikan sesuatu buat peminat2 semua. Kita tahu kemampuan mereka thats why we really hope they can show to us something better next time..  

SEPAHTU Favourite untuk menang MLM 2013

    Melihat kepada performance pelawak2 di Maharajalawak Mega 2013 ni pada setiap minggu, saya secara personally la sejak awal lagi mempunyai repsect yang tinggi terhadap satu2 nya peserta yang sangat berani tampil secara solo siapa lagi kalau bukan abg NABIL AHMAD. Tak semua orang ataupun pelawak mampu berlawak secara solo dan kebanyakkannya daripada kumpulan2 yang handal pun kelihatan kekok apabila tampil solo, tapi tidak bagi pemuda kelahiran Negeri Sembilan ini (ni pandangan saya la) hehe.. Pada saya he is really "spontan" guys, telatah dia, kata2 dia, idea and kreativiti dia pastinya boleh buat orang ketawa, no doubt about that and personally juga saya melihat ketika bangbil kita ni join kumpulan Boboy nampak ruang dia untuk bercakap sangat terhad but bila sesekali he give a punchline, everyone will laugh. As we know he is really talkative person, so bila tak dapat ruang nak bercakap tu mula la nampak gelisah dia haha..

NABIL AHMAD One of my Favourite for MLM 2013

    Di saat tumpuan rakyat Malaysia rata-rata menuju ke arah kumpulan SEPAHTU yang tidak dapat disangkal lagi mempunyai jumlah peminat yang ramai serta sentiasa menerima undian yang tinggi tiba2 muncul satu bintang yang semakin terserlah sinarnya (ewahh ayat bukan main lagi hehe). Sapa lagi kalau bukan kumpulan SHIRO. Sejujurnya la SHIRO ni sebenarnya one of my favourite team jugak, sejak dari 1st week lagi memang this is one of the group that i really waiting for to look at. Gandingan Ajak dan Shahrol ni memang sangat hebat dah macam adik beradik dua orang ni, and saya berani cakap in my view SHIRO is the most consistent group in Maharajalawak Mega 2013. Minggu ke-6 for me is SHIRO week, dorang berjaya buat saya ketawa sampai keluar air mata dengan gelagat "massage" ala2 WWE hahaha.. memang gila la dua orang ni but both of them memang sweet haha. Anyway Congrates to Shahrol Shiro menang Man Of  The Match di minggu ke-6, u really deserve it.. Memang SHIRO bestt, kalau konsisten macamni confirm bleh Championlah hehe..

 SHIRO Pelawak Muda berbakat besar.. Nyesal jumpa tak bergambar dgn dorg haritu eh eh..

    Satu lagi kumpulan yang sentiasa mendapat sambutan serta jeritan gemuruh dari peminat-peminat ketika buat persembahan adalah JAMBU. Yeah ni la kumpulan yang bagi saingan sengit masa Maharajalawak Mega 2012 dengan juara time tu kumpulan JOZAN. Pasangan Yus dan Tauke ini tak dinafikanlah memang mempunyai lawak yang spontan dan lawak. Namun pada saya lawak dorang setakat minggu ke-6 ni ada pasang surut dia, kadang tu memang lawak tapi ada jugak minggu yang nampak down skit but still can see effort on their performance. Cuma pandangan saya la kan, ini just pandangan okey everyone have their own opinion include me hehe, pada saya lawak JAMBU ni tak berapa cerdik la atau lebih sopan kurang isi dia.. Lawak memang lawak tapi tak ada isi yang boleh kita manfaatkan (bukan semua show yer tapi kebanyakkannya macamtu) hihi.. But JAMBU still antara favourite jugak untuk Maharajalawak Mega 2013 hihi...

JAMBU antara senior di MLM 2013...

    Demikianlah sedikit sebanyak corat coret saya tentang MaharajaLawak Mega 2013 sampai ke minggu ke-6, ada lagi la beberapa kumpulan yang saya tak mention dalam ni macam kumpulan BOCEY, COMEY, SYJ dan WALA. Saya tak story pasal kumpulan2 lain ni bukan sebab dorang tak best.. No No No.. masing2 ada lawak dan style tersendiri macam SYJ yang dibarisi seorang pelawak otai iaitu Yassin berganding bersama pelawak wanita yang mempunyai karisma tersendiri Jihan dan Shuk orang negeri ceq hehe.. Kumpulan ni juga menampakkan persembahan serta kualiti lawak yang semakin baik minggu ke minggu, senang kata tak mengecewakan la hehe (rasa macam juri plak komen2 camni hihi). BOCEY kumpulan yang pada awalnya boleh dikata tak diberi perhatian la mungkin disebabkan barisan ahli kumpulannya yang rata2 masih baru dalam dunia seni lawak Malaysia dan masih kurang menonjol, namun sehingga minggu ke-6 ini boleh dikatakan BOCEY juga antara kumpulan yang menunjukkan prestasi konsisten (dah macam sukan plak kan konsisten ni hehe). Kumpulan WALA satu-satunya mewakili Sabahan juga tidak kurang menampakkan kualiti yang baik dalam persembahan setiap minggu begitu juga dengan kumpulan COMEY.

    Dah panjang lebaq celoteh ni (juri MLM pun x komen panjang camni) hihi.. Apapun dan macamana pun prestasi dorang dalam MLM ni kita tidak boleh menafikan mereka2 ini lah antara individu2 yang sentiasa menceriakan hari2 kita sekeluarga. Tak hairanlah bila dikata MaharajaLawak Mega ini mampu capai jutaan jumlah penonton setiap kali Siaran Langsung. Jadi mungkin saya boleh selitkan sikit la pandangan saya dekat sini, jangan la kita menyanjung bila mereka berada diatas dan menghina atau mencaci bila mereka dibawah. Formula saya senang saja, kalau rasa bagus and nak undi so just undi, kalau rasa tak bagus and tak patut diundi so tak payah undi.. Senang kan formula Algebra ni hihi.. Tak payah lah sampai nak mengkritik sampai boleh menjatuhkan seseorang yer.. Anyway saya support semua dalam MLM 2013 ni, All The Best to them and semoga yang betul2 kualiti dan layak memegang takhta ini akan menjulangnya di Final InsyaAllah..

p/s : Tak sabar nak tunggu MaharajaLawak Minggu Ke-7 Tema Muzikal Komedi huhu....
    

Tuesday, December 10, 2013

Pelawak Malaysia Penghibur Hati..


    Assalamualaikum hye Malaysia.. Counting day untuk mengakhiri tahun 2013 bukan mengakhiri zaman bujang ok, yang tu belum lagi hehe.. Personally saya ni memang jenis orang yang jarang keluar rumah dan memang kalau boleh 24 jam nak dok rumah saja but dengan syarat mesti kena ada TV dan Channel Astro 132, WAJIB!! ok hehe.. Kalau nak share tentang life saya, boleh kata im quite alone walaupun di rumah dipalit dengan pelbagai keadaan kelam membuatkan saya lebih banyak suka menghabiskan masa bersendirian even i have family around me. Tak bermaksud saya jenis tak bercampur, tapi situation make me be like this, but who know me will know well about me, don't judge the book by it's cover okey hihi..

    For this entry and saya rasa sangat-sangat terpanggil untuk share dan menulis tentang orang-orang hebat yang sentiasa menyinari hidup saya sehari harian (selain my family yer). Semua pasti biasa dengar pepatah "Laugh is the best Medicine for every pain" ini hakikat sebenar yang perlu saya akui kerana saya sentiasa melaluinya. Yess benar hidup penuh cobaan penuh cabaran penuh dugaan dan saya merasainya serta melaluinya dengan penuh tabah dan pasrah but it doesn't means saya menyerah No No No!! hehe.. Alamakk terluah perasaan plak skit, tak pa la kira halal la eh hehe.. Anyway apa yang saya nak kongsikan dekat sini sebenarnya adalah tentang hero-hero yang sentiasa menyelamatkan hari-hari duka saya dengan membuat ukiran senyuman on my lips (pstt!! kadang2 bukan ukiran ja tau, gelak x hingat haa jiran sebelah pun boleh dengar huhu).

    Kalau zaman budak2 dulu memang saya membesar dengan lawak2 kumpulan Senario, Cecupak, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Salam Pantai Timur dan sebagainya. Terutamanya Senario memang tak pernah miss la dok depan tv setengah jam tengok pun memang rasa tak puas sebab dorang lah antara pelawak kumpulan terbaik pada waktu itu. Segala-galanya berubah apabila Astro memperkenalkan satu program realiti Raja Lawak musim pertama yang memperlihatkan lahirnya permata-permata baru dunia lawak Malaysia. Boleh dikatakan program Raja Lawak ini sendiri sebenarnya telah mencetuskan satu fenomena yang mengkagumkan serta dalam masa yang sama telah mengangkat martabat Pelawak Tanah Air ke satu peringkat yang dipandang tinggi.


Kumpulan Senario Kompom 1 Malaysia Kenal nihhhh...

Pi Mai Pi Mai Tang Tu antara skestsa komedi yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia..

Saiful Apek.. The Legend Gitu-Gitu hihi.. Favourite nih..

    
Program realiti Lawak yang telah mengubah wajah serta melahirkan ramai comedian terbaik Malaysia.

Antara wajah2 penghibur hatiku yang telah lahir dari program realiti Raja Lawak.

    Kalau ikut hati memang nak story panjang pasal hero-hero dan heroin malaya ni, tapi tak sempat dah ni ceq nak kena balik dah hehe.. Next2 entry saya akan terus share pasal pelawak2 idaman Malaya ni wokey.. Terus menyokong dorang, sekarang ni tengah panas program Maharajalawak Mega 2013, so jangan lupa ya undi peserta2 favourite korang hehe.. okeylah to be continue.. See ya.............

Friday, December 6, 2013

Tun Dr.Mahathir Bin Mohamad Idola Dunia PART 2..


A Doctor In The House Yooo!!!

    Mesti kenal kan wajah tokoh terbilang di atas ni, sapa lagi kalau bukan Ayahnda kita Tun Dr.Mahathir Mohamad yang juga dikenali sebagai Bapa Pemodenan. Kalau kita bercakap tentang Perdana Menteri tak kira la di negara mana sekalipun pastinya masyarakat akan melihat kepada sumbangan-sumbangan yang mereka berikan sepanjang karier sebagai pemimpin yang merupakan individu penting dalam sesebuah negara. Orite tak mau beletiaq panjang meh kita go trough apa sumbangan2 Ayahnda Tun pada Malaysia :

   Pada awal tahun pentadbirannya, Dr.Mahathir telah melancarkan Dasar Pandang ke Timur, dimana kerajaan berpaling ke negara2 timur yang maju seperti Jepun dan Korea Selatan untuk usaha bersama dalam bidang perdagangan, pendidikan serta sektor2 lain yang berkaitan. Pada 1990, Dr.Mahathir melancarkan Wawasan 2020, pelan yang menggariskan hasrat serta halatuju kerajaan dan rakyat Malaysia untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020. Tun Mahathir juga melangkah setapak lagi meninggalkan era ekonomi pertanian mundur  ke arah era maklumat dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Projek MSC ini merangkumi aplikasi2 seperti elektronik, tele-perubatan dan kad pintar sebaguna. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA juga hasil idea beliau yang terletak tidak jauh dari MSC. Selain dari itu bangunan gergasi yang menampilkan bangunan pejabat tertinggi dunia, Menara Berkembar Petronas serta pusat penyelidikan dan pembangunan berteknologi tinggi "Putrajaya" bandar pintar pertama di dunia yang kini menjadi pusat pentadbiran Malaysia. Projek mewah lain seperti Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang juga tercetus daripada merupakan hasil idea bernas daripada Ayahnda Tun sendiri.

Tokoh yang mempunyai pendirian tegas serta digeruni negara2 luar

    Luar negara mahupun di persada antarabangsa Dr.Mahathir sangat berani dan terbuka menyatakan pendirian negara. Beliau juga dianggap sebagai jurucakap kepada negara-negara Dunia Ke-3 mahupun dunia Islam. Tun Mahathir menjadi pengkritik utama kuasa barat mengenai kegagalan menangani pedagang matawang yang membawa kepada punca krisis ekonomi awal 1990-an. Apabila keganasan anatarabangsa memuncak pada awal alaf baru, Tun merupakan individu yang paling lantang mengecam tindakan pengganas. Ayahnda Tun juga dikenali sebagai "The Voice of The South, The Master Strategist", "Hero of The Underdog" dan juga dikenali sebagai "Ibnu Khaldun" di abad ke-21. Selain dari itu Tun Mahathir juga pernah diberi beberapa gelaran2 yang negatif daripada mereka2 yang tidak menyukainya. Kalau mengikut kepada kajian demografi, tempoh 30 tahun dihitung sebagai satu generasi dan melihat kepada tempoh masa Tun berjuang dalam arena politik ini adalah digambarkan selama 1 generasi iaitu bermula daripada zaman generasi beliau bermula sehingga lepas kemerdekaan dan seterusnya.

    Banyak lagi sebenarnya sumbangan Ayahnda Tun Dr Mahathir terhadap negara serta orang2 melayu khususnya. Saya sangat sedih melihat masih ada lagi orang2 yang menghina serta mencaci Tun seolah2 tokoh ini hanya melakukan dosa sepanjang hayatnya. Celiklah akal serta mata melihat kebaikan orang daripada keburukkannya. Tak ada negara yang mampu bangun sepantas Malaysia selepas dijajah, namun dengan lahirnya tokoh ini di bumi bertuah Malaysia, segala galanya berubah.. Beliau disanjung oleh masyarakat negara luar hinggakan ada yang merayu supaya beliau menjadi pemimpin negara mereka.. Orang luar lebih pandai menilai berbanding orang sendiri yang hanya tahu menghentam sesama sendiri.. Bersyukurlah dengan nikmat Allah sebelum ianya ditarik semula.. Alhamdulillah Syukur Ya Allah telah meletakkan ku di sebuah negara bernama Malaysia dan Terima Kasih banyak Ayanda Tun Dr.Mahathir atas segala galanya.. Love You Ayahnda...

Hidupnya tak pernah lekang dengan buku.

Tokoh yang mempunyai karisma tersendiri.

Wira Malaysia, Wira Dunia

P/S : Sama2 kita doakan kesihatan Ayahnda Tun.. Semoga sihat sentiasa dan terus menjadi nadi Malaysia Amin..