Tuesday, August 13, 2013

Raya, Raya Dan Raya Lagi 2013...


   Assalamualaikum, Salam 7 Syawal, diam2 sat ja 7 hari dah Raya berlalu untuk 2013 ni, sempat lagi la kan nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri.. 10 jari disusun rapat mohon kemaafan seandainya ada salah silap dengan sapa2 lah yang kenal diri saya ni selama ini.. Sory na hehe..Selain daripada kita menyambut kemenangan berjaya melawan nafsu di bulan Ramadhan, Syawal ni jugak sebenarnya baik untuk kita mengurangkan dosa dengan memohon keampunan daripada orang2 di sekeliling..

    Raya tahun ni tak la meriah sangat, ok2 ja la.. Nak habaq mai, baju raya yang sebenaq tak pakai lagi sampai hari ini walaupun dah 7 hari raya tau hehe.. bukan apa, tak keluaq pi mana pun malaih la plak nak pakai baju baru kan.. Raya pertama dok umah ja pon tak pi mana, dok kedaqah roti jala mak buat siang sampai malam hee, tunggu budak2 mai kutip duit raya, pastu pa lagi, menghadap tv la layan cerita2 best raya hehe " memang hobi tengok tv pun shhhh" hehe. Masuk raya ke-2 baru la nampak muka2 member2 sekolah ni mai beraya, bila dah ada geng tunggu apa lagi kita pun kecoh la pi ronda jugak rumah orang kan hee.. Jom tengok skit gambaq2 beraya tahun ni jom.. ^___^



P/S : Ni gambaq dengan member lama nama dia Najihah, sekolah rendah sama, sekolah menengah sama, masuk Universiti pun samaaaa haa.. sehati sejiwa tak kami hehe..


P/S : Haa ni plak dekat umah saya, budak comey kat sebelah kiri tu member lama jugak dari sekolah rendah lagi sampai sekolah menengah nama dia Nur Balqis, macamana boleh sama pink daaa haha..


P/S : Ni plak dekat umah Balqis, yang paling kanan dah introduce kan, haa yang tengah tu plak member sekolah menengah, memang member kamcing la kami, dalam kelas pon dok sebelah2 jugak hee..




P/S : Haaa ni kat umah saya, member2 tengah dinner roti jala favourite buatan ibuku hehe.. yang baju kuning tu tak perkenalkan lagi kan, hee tu member dari sekolah rendah jugak sampai la form 6.. Orangnya memang ramah, klau x dak memang sunyi namanya Nor Hafina.. heee


Ss : Terlioq tak??????????? hihihi... Selamat Hari Raya...............


No comments:

Post a Comment