Monday, August 19, 2013
My World My Idol Datuk Lee Chong Wei - Part 2
Assalamualaikum, Yihaaa i'm back with full of spirit to continue writing about my idol sorang ni Datuk Lee Chong Wei hehe.. Apa ada dengan dia ni eh?? ermm ok meh saya petik salah satu kata2 yang pernah diluahkan oleh Datuk Misbun Sidek (bekas coach) tentang LCW ni, katanya "Chong Wei terlalu istimewa dan sukar diganti" and i have to admit that he is absolutely too special especially for all Malaysians people. Datuk Lee Chong Wei dilahirkan pada 21 Oktober 1982 (sama bulan dengan sy okeyyy huhu) yang menetap di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (sama negeri dengan sy jugak okeyy huhu). Masa zaman dia budak2 dulu LCW ni sebenaqnya minat sukan Bola Keranjang tapi mak dia tak bagi sebab duk kena panas selalu takot anak dia gelap la tu hihi.. Ayah LCW ni salah seorang peminat sukan Badminton dia la yang bawa LCW ni masuk dalam sukan ni. Masa umoq dia 17 tahun dia bertemu dengan coach Datuk Misbun Sidek sampai bawak dia masuk ke pasukan Kebangsaan.
Kalau nak cerita pasai kemenangan2 yang pernah diraih oleh LCW ni memang banyak la kan, tapi kalau nak diambil satu detik yang pasti rakyat Malaysia tak bleh lupa semestinya Final Olimpik 2008 & 2012. Kedua2 tahun ini beliau berjaya dapat pingat Perak sekaligus mencipta sejarah sebagai atlet Malaysia pertama yang berjaya merangkul 2 pingat perak di Olimpik berturut2. LCW memengang takhta pemain No1 dunia sejak 21 Ogos 2008 sehingga lah ke hari ini.. hebat tak hebatnya dia ni perghh.. ok fine memang dia belum berjaya dapat menang "World Championsip dan pingat emas Olimpik" bila selalu sangat tewas dengan si Lin Dan tu, but apa yang saya nak cakap dekat sini adalah tentang attitude yang ada padanya. Bagi orang2 yang sentiasa menonton sukan ini mesti dapat lihat karakter yang ada pada LCW ni, perwatakkanya yang sentiasa relax dan tenang walau dalam apa jua keadaan membuatkan ramai yang menyayanginya sehinggakan peminat2 beliau di China menggelarkan beliau sebagai "Mr.Cool". Walaupun boleh dikatakan Lin Dan menguasai dunia badminton berbanding LCW namun anak Malaysia ini mempunya peminat serta penyokong yang lebih ramai walau dimana beliau pergi.
Yeahh tewas di Sukan Olimpik London, namun penyokong2 beliau disana membuat satu kenyataan yang sebenarnya boleh membanggakan kita walaupun tewas iaitu "skills win medals, but attitude win hearts" begitulah penangan DLCW kepada masyarakat dunia. Tidak kurang dari itu, perlawanan akhir badminton Olimpik London antara DLCW vs Lin Dan juga mencatat sejarah apabila berjaya menjadi satu slot sukan tontonan terbanyak dunia pada ketika itu. Tidak pernah mengenal erti putus asa, itulah Datuk Lee chong Wei. huhu kalau cerita pasai dia ni memang tak akan habis punya, tak pa kita sambung plak part 3 nanti okeyy hihi.. Nak pi makan jap, lapaq ni eheh.. see yaaaa..
p/s : sedih bila lihat LCW ni x da backup langsung ermmm...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment