Monday, August 19, 2013
My World My Idol Datuk Lee Chong Wei - Part 2
Assalamualaikum, Yihaaa i'm back with full of spirit to continue writing about my idol sorang ni Datuk Lee Chong Wei hehe.. Apa ada dengan dia ni eh?? ermm ok meh saya petik salah satu kata2 yang pernah diluahkan oleh Datuk Misbun Sidek (bekas coach) tentang LCW ni, katanya "Chong Wei terlalu istimewa dan sukar diganti" and i have to admit that he is absolutely too special especially for all Malaysians people. Datuk Lee Chong Wei dilahirkan pada 21 Oktober 1982 (sama bulan dengan sy okeyyy huhu) yang menetap di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (sama negeri dengan sy jugak okeyy huhu). Masa zaman dia budak2 dulu LCW ni sebenaqnya minat sukan Bola Keranjang tapi mak dia tak bagi sebab duk kena panas selalu takot anak dia gelap la tu hihi.. Ayah LCW ni salah seorang peminat sukan Badminton dia la yang bawa LCW ni masuk dalam sukan ni. Masa umoq dia 17 tahun dia bertemu dengan coach Datuk Misbun Sidek sampai bawak dia masuk ke pasukan Kebangsaan.
Kalau nak cerita pasai kemenangan2 yang pernah diraih oleh LCW ni memang banyak la kan, tapi kalau nak diambil satu detik yang pasti rakyat Malaysia tak bleh lupa semestinya Final Olimpik 2008 & 2012. Kedua2 tahun ini beliau berjaya dapat pingat Perak sekaligus mencipta sejarah sebagai atlet Malaysia pertama yang berjaya merangkul 2 pingat perak di Olimpik berturut2. LCW memengang takhta pemain No1 dunia sejak 21 Ogos 2008 sehingga lah ke hari ini.. hebat tak hebatnya dia ni perghh.. ok fine memang dia belum berjaya dapat menang "World Championsip dan pingat emas Olimpik" bila selalu sangat tewas dengan si Lin Dan tu, but apa yang saya nak cakap dekat sini adalah tentang attitude yang ada padanya. Bagi orang2 yang sentiasa menonton sukan ini mesti dapat lihat karakter yang ada pada LCW ni, perwatakkanya yang sentiasa relax dan tenang walau dalam apa jua keadaan membuatkan ramai yang menyayanginya sehinggakan peminat2 beliau di China menggelarkan beliau sebagai "Mr.Cool". Walaupun boleh dikatakan Lin Dan menguasai dunia badminton berbanding LCW namun anak Malaysia ini mempunya peminat serta penyokong yang lebih ramai walau dimana beliau pergi.
Yeahh tewas di Sukan Olimpik London, namun penyokong2 beliau disana membuat satu kenyataan yang sebenarnya boleh membanggakan kita walaupun tewas iaitu "skills win medals, but attitude win hearts" begitulah penangan DLCW kepada masyarakat dunia. Tidak kurang dari itu, perlawanan akhir badminton Olimpik London antara DLCW vs Lin Dan juga mencatat sejarah apabila berjaya menjadi satu slot sukan tontonan terbanyak dunia pada ketika itu. Tidak pernah mengenal erti putus asa, itulah Datuk Lee chong Wei. huhu kalau cerita pasai dia ni memang tak akan habis punya, tak pa kita sambung plak part 3 nanti okeyy hihi.. Nak pi makan jap, lapaq ni eheh.. see yaaaa..
p/s : sedih bila lihat LCW ni x da backup langsung ermmm...
Tuesday, August 13, 2013
My World My Idol Datuk Lee Chong Wei - Part 1 -
Assalamualaikum, Salam 14 August 2013.. Okey untuk entry kali ni saya nak share plak skit tentang satu bidang yang amat2 saya minati which is "Sports World". Minat ni mula timbul sejak tingkatan 4, dapat kelas sastera masa tu, tak mau belajaq bahasa melayu sastera punya pasai tukaq kelas lain, last2 dapat kelas Sains Sukan, haaa dari sini la mula terjebak dengan dunia sukan ni, personally tak aktif pun mana2 sukan tapi belajaq subjek ni serius best gila and this is my favourite subject ever in my life.. heee.. Nak lulus exam punya pasai kena banyak tau pasai sukan2 ni semua baru senang nak wat esei boh nama atlet semua kan, baru markah lebih hehe.. Pa lagi tgok tv la, layan habih semua sukan sampai la dah jadi sebati dengan diri dan minat sangat2 "minat tonton ja la" hihihi.
Bayangkan dari umoq 16 tahun sampai sekarang ni, dah banyak sangat dah sukan yang saya tengok dan layan. sejujurnya memang banyak la atlet2 yang saya minat mengikut sukan masing2 kan.. Contohnya macam Bola Sepak International "Lionel Messi & Robin Van Persie" kalau tempatan plak "Safiq Rahim, Mahali Jasuli, Wan Zack Haikal, Mat Yo" haa memang minat la.. tu baru bola, belum masuk sukan lain lagi okey huhu.. Semua sukan saya layan kecuali GOLF.. Ohh i hates this sport seriously tak nampak mencabar langsung huhu.. Tapi kan dalam banyak2 sukan ni ada seorang atlet ni yang betoi2 buat saya tertarik bukan saja pada sukan tersebut tapi jugak pada diri dia yang ada personaliti berbeza dari atlet2 yang saya kenal dan menarik perhatian saya.. Kalau sebut sukan Badminton kalau orang Malaysia tak kenal dia ni, memang kena hantaq pi bangla la orang tu haha sapa lagi kalau bukan our Hero Datuk Lee Chong Wei.. yeahh, he have an X-Factor yang tak da pada orang lain, sampaikan saya jadikan dia as one of my idol in my life. Kalau nak cerita pasai dia ni memang banyak sebab tu tulis ni part 1 dulu hehe.. sebelum sambung cerita dia jom kita tengok dulu beberapa keping gambaq Hero gua ni aisehh hehehe..
P/S : Haha comel kan..
Orite untuk entry ni sampai sini dulu intro pasal idola saya ni, masuk part 2 nanti sambung balik story pasal mamat sorang ni ok.. Still sedih dengan apa yang jadi masa World Championship baru2 ni, but its ok the journey is there, we have to still move on.. Okeyh sambung nanti.. will be continued...................................
Raya, Raya Dan Raya Lagi 2013...
Assalamualaikum, Salam 7 Syawal, diam2 sat ja 7 hari dah Raya berlalu untuk 2013 ni, sempat lagi la kan nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri.. 10 jari disusun rapat mohon kemaafan seandainya ada salah silap dengan sapa2 lah yang kenal diri saya ni selama ini.. Sory na hehe..Selain daripada kita menyambut kemenangan berjaya melawan nafsu di bulan Ramadhan, Syawal ni jugak sebenarnya baik untuk kita mengurangkan dosa dengan memohon keampunan daripada orang2 di sekeliling..
Raya tahun ni tak la meriah sangat, ok2 ja la.. Nak habaq mai, baju raya yang sebenaq tak pakai lagi sampai hari ini walaupun dah 7 hari raya tau hehe.. bukan apa, tak keluaq pi mana pun malaih la plak nak pakai baju baru kan.. Raya pertama dok umah ja pon tak pi mana, dok kedaqah roti jala mak buat siang sampai malam hee, tunggu budak2 mai kutip duit raya, pastu pa lagi, menghadap tv la layan cerita2 best raya hehe " memang hobi tengok tv pun shhhh" hehe. Masuk raya ke-2 baru la nampak muka2 member2 sekolah ni mai beraya, bila dah ada geng tunggu apa lagi kita pun kecoh la pi ronda jugak rumah orang kan hee.. Jom tengok skit gambaq2 beraya tahun ni jom.. ^___^
P/S : Ni gambaq dengan member lama nama dia Najihah, sekolah rendah sama, sekolah menengah sama, masuk Universiti pun samaaaa haa.. sehati sejiwa tak kami hehe..
P/S : Haa ni plak dekat umah saya, budak comey kat sebelah kiri tu member lama jugak dari sekolah rendah lagi sampai sekolah menengah nama dia Nur Balqis, macamana boleh sama pink daaa haha..
P/S : Ni plak dekat umah Balqis, yang paling kanan dah introduce kan, haa yang tengah tu plak member sekolah menengah, memang member kamcing la kami, dalam kelas pon dok sebelah2 jugak hee..
P/S : Haaa ni kat umah saya, member2 tengah dinner roti jala favourite buatan ibuku hehe.. yang baju kuning tu tak perkenalkan lagi kan, hee tu member dari sekolah rendah jugak sampai la form 6.. Orangnya memang ramah, klau x dak memang sunyi namanya Nor Hafina.. heee
Ss : Terlioq tak??????????? hihihi... Selamat Hari Raya...............
Monday, August 5, 2013
MenJelanG HaRi RaYa AidilFitri 2013.. ^__^
Assalamualaikum, Weehooo diam2 dah 27 hari dah posa.. Amboii cepatnya masa jalan, tak dan nak ligan aihh hehe.. Apapun Alhamdulillah semua berjalan dengan baik sepanjang bulan mulia ni walaupun tak dapat nak posa penuh (Almaklumlah gegirl kan faham2 dah ler hihi). Last2 minit nak sambut lebaran macamni biasa la Shopping Mall penuhhh macam Open House nuhhh, padahai harga mahai jugak hehe nak raya punya pasai tema dia "Semua Kena Baru" hahah..
Baju raya tahun ni beli sepasang ja pun, lebih kepada blouse2 ni senang skit nak pakai berjalan mana2 kan, baju kurung ni jarang dok pakai nak nek moto pun payah hehe (minah rempit la katakan, tapi rempit time lambat bangun nak pi kerja ja ok) huhu.. Rumah ada lagi 30% nak kemas, kueh raya tak beli apa lagi, langsir dengan sarung kusyen pun mak tak jahit habis lagi.. Ohoo hoiii lagi 2 hari ja nak raya oiii banyak benda tak siap lagi nih.. Huh!!! tahun ni memang semua last minit la, ni la jadinya kalau semua orang dalam rumah dah mula bekerja ermm.. Tak kisah la, apapun raya tetap raya okey..
Nak dapat feel2 raya tu kena layan lagu raya la kan kan heee.. jom layan satu lagu ni memang favourite lah dari Dato' Siti Nurhaliza.. nanti2 lah wish raya eh.. ambik mood dulu hehe.. Layannnzzz...
\http://www.youtube.com/watch?v=gmDQOliIDm8
Thursday, August 1, 2013
PERGINYA SEORANG WIRA HOKI MALAYSIA "CHUA BOON HUAT"
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Tanggal 1 Ogos 2013 hariku bermula dengan menerima satu berita yang amat2 mengejutkan. Actually i am a big fan of Malaysia sports world and HOCKEY is one of my favourite sport. Sejak kebelakangan ni kita dapat lihat kecemerlangan yang ditunjukkan oleh skuad hoki negara dibawah kendalian coach Paul Revington dan yang paling latest kita dapat no 6 dalam kejohanan separuh akhir Liga Hoki Dunia yang sebenarnya mencerahkan peluang untuk kita layak ke Hoki Piala Dunia. I have few name that i can mention as my favourite hockey player ever and one of them is "MENDIANG CHUA BOON HUAT".
Goshh!! macam nak gugur jantung bila dengar berita kematian beliau pagi ini akibat kemalangan dengan lori dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. For me he have a good attitude as a athlete dan suka tengok dia senyum nampak manis je.. Ermm apapun semuanya sekarang hanya kenangan.. He is a legend no doubt with that and he also one of the longest serving hockey players in Malaysia. Dirimu akan sentiasa dikenang..Disini sy share skit info tentang diri mendiang pada mereka yang meminati beliau dan juga sukan hoki negara.
NAME : CHUA BOON HUAT
BORN : 3 MAY 1980 MELAKA
DIED : 1 AUGUST 2013 (AGED 33)
HEIGHT : 1.80M (5FT 11IN)
PLAYING POSITION : FORWARD, MIDFIELDER, DEFENDER
Gonna Miss you Boon Huat.. RIP.. :'(
Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)
.jpg)






