Friday, January 2, 2015

FAVOURITE SIRI HAWAII FIVE-O (BARU)


    Assalamualaikum, Aloha aisehh berangan dok Hawaii la konon kan hehe, sebenarnya memang arini nak story berkaitan dengan Hawaii pun tapi sebelum tu Selamat Tahun Baru 2015 buat semua terutamanya yang sudi menyinggah baca blog yang tak seberapa ni, just wish tahun ni akan menjadi tahun yang lebih baik buat kita semua khususnya rakyat Malaysia.. Alright for my first entry in 2015 ni nak story tentang satu rancangan bersiri yang sebenarnya dah jadi fenomena sejak zaman mak ayah kita lagi iaitu Hawaii Five-O.. Seriously secara peribadi im addicted with this series, dulu channel AXN (Astro 701) ni tak berapa nak layan sangat lah tapi sejak dok tengok siri ni haa channel ni dah jadi saluran wajib tonton plak hehe.. Okey sebelum nak cerita panjang lagi mungkin ada yang tertanya-tanya cerita apa ni, apa benda Hawaii Five-O ni, haa nah tengok gambaq kat bawah ni dulu dan sekarang.

Haa.. Ni gambar siri Hawaii Five-O yang lama, zaman mak ayah kita dulu..

Haa.. Ni plak gambar siri Hawaii Five-O yang terkini, zaman2 kita ler hihi..

Ni plak pic kesinambungan siri yang sama dulu dan sekarang, nama watak masih dikekalkan..

    Lain orang mempunyai minat yang berbeza, ada sesetengah orang yang lebih menggemari cerita yang berunsurkan sains fiksyen dimana kita boleh nampak banyak penggunaan teknologi grafik masa kini contohnya macam cerita Hobbit, Lord Of The Ring dan sebagainya, haa banyak lah pokok bercakap, alien lawan manusia dan benda2 yang tak logik boleh kita lihat menerusi cerita genre tersebut. Personally sy plak kurang minat cerita2 macamtu dan sy lebih kepada cerita2 logik yang boleh terima dek akal so maybe thats the reason why i be one of Hawaii Five-O big fan.. Siri yang berunsurkan penyiasatan untuk mengenalpasti siapakah penjenayah sebenarnya haa.. Action? yes of course la kalau dah nama polis, penyiasat dan penjenayah mana boleh lari dari action kan, tak dinafikan memang banyak tapi ianya menarik untuk ditonton kerana setiap penyiasatan yang dibuat akan diketemukan dengan pelbagai bentuk jawapan hingga akhirnya bertemu dengan penjenayah sebenar yang dikehendaki. Love? yup Hawaii memang sangat terkenal dengan pantainya yang indah ditambah dengan wanita2 seksi haha but walaupun team Hawaii ni terdiri daripada Pegawai Polis yang menyiasat but they also got feelling ma so memang ada la kisah percintaan disitu walaupun tak banyak. Infact banyak perkara yang boleh kita lihat dalam siri ini, bagaimana kasih sayang seorang bapa terhadap anak, risiko yang dihadapi oleh anggota polis demi menegakkan keadilan serta membela nasib masyarakat, macam2 lah.. Kalau nak tau lagi kena lah tengok sendiri hihi..

    Cerita pasal watak2 dalam siri ni plak ada 4 watak utama yang sentiasa memainkan peranan penting dalam setiap episod. Orite yang sy story ni semua siri baru la yer yang lama tak tengok plak eheh.. Hero of the story Komander Steve McGarrett yang dilakonkan oleh Alex O'Loughlin haa as a woman memang tak boleh nak nafikan kekacakkan hero ni eheh.. So dia main main role in the series, penuh gaya dan romantis dalam menjayakan wataknya.. Tak kenal? haa nah tengok gambar dia di bawah..


Amboi lamanya tenung.. hehe.. ya ya sy tau dia memang kacak, nama pun hero kan hihi..

    Okey watak kedua yang tak bleh berpisah dengan hero tadi adalah Detective Danny Williams atau nama panggilannya Danno dibintangi oleh Scott Caan yang mempunyai watak slumber ja dalam siri ni, dimana ada si hero di situ lah ada dia dan menjadi tunjang belakang membantu Steve McGarrett mengenalpasti dan menangkap penjenayah, wataknya juga seorang ayah tunggal yang sangat mengambil berat terhadap anak perempuannya namun dalam masa yang sama komited terhadap tugasnya sebagai ditektif.. Gambar? haa tengok bawah..


Tak berapa nak hensem kan haha tapi he is quite funny dengan wataknya, menarik..

    Okey watak yang ketiga plak haa excited skit nak cerita pasal dia ni, why?? Because i admire him hehe.. Leftenan Chin Ho Kelly yang dibintangi oleh seorang pelakon berdarah korea Daniel Dae Kim seorang yang juga petugas yang membantu McGarrett serta Danny dalam penyiasatan.. Why i admire him? Not sure but maybe coz of his peronality, suka tengok gaya dia, ada serius, ada sweet, ada caring, ada funny complete.. Ala bila suka semua nampak complete kan hihi.. Watak Chin ni bijak menggunakan teknologi komputer yang canggih dalam mengenalpasti lokasi dan maklumat penjenayah, juga boleh bawa moto kuasa besar.. He is just nice.. Gambarnya di bawah..



Macho kan.. hehe seriously i admire his smile and style...

    Watak utama terakhir yang membintangi Siri Hawaii Five-O adalah satu satunya bunga yang menawan Kono Kalakaua yang dibintangi oleh Grace Park melakonkan watak sebagai sepupu kepada Chin Ho Kelly, seorang wanita yang lincah dan serius ketika bertugas, Kono juga dilihat wataknya mempunyai pelbagai konflik yang perlu beliau harungi dibantu oleh anggota Hawaii Five-O yang lain. Grace Park juga merupakan wanita yang berdarah Korea namun menetap di Los Angeles. Cantik dan seksi dan pastinya menjadi perhatian lelaki2 di luar sana hehe.. Jom tengok beberapa gambar beliau.. 



Cantik kan, manis orangnya and i think sangat sesuai melakonkan watak kono..

    Yeahh tu lah sedikit sebanyak yang boleh sy kongsi tentang siri Hawaii Five-O musim baru ni, menarik untuk ditonton sebenarnya epecially bagi penggemar2 cerita yang berunsurkan penyiasatan serta logical haa boleh la tonton setiap hari isnin hingga rabu jam 11 malam ni AXN dan setiap hari selasa jam 12 malam di TV2.. Try watch first then comment okey.. Ada lagi beberapa siri yang melibatkan penyiaatan macamni jugak seperti CSI Miami, CSI New York haa pun best jugak dan penyiasatan dia lebih mendalam berbanding Five-O.. Okeylah dah banyak story ni, next entry next story okey.. Thanks for reading, sampai jumpa lagi Aloha.. Assalamualaikum..






No comments:

Post a Comment