Wednesday, August 12, 2015

RUNNING MAN SHINE MY DAY



    Assalamualaikum, aloha.. Lamanya tak menghadap laptop meluahkan rasa dan berkongsi cerita disini. Nak kata busy tu memang busy jugak lah dengan kerjaya baru ni tapi thats not the main reason why saya lama tak publish anything di blog ini, sebab utamanya adalah kerana TAK DAK LINE INTERNET he he he.. But it's okey now dah dapat peluang untuk share something and publish so tak nak celoteh banyak straight to the story based on my title this time tentang RUNNING MAN. Haaaa.. bila cakap tentang Running Man of course berkait dengan Korea, ya lah dah memang rancangan ni terbitan negara sana kan but fact yang saya nak suarakan sikit adalah tentang mentaliti segelintir masyarakat Malaysia yang sangat negatif tentang artis Korea. Yea understand memang negatif bila berlakunya isu peluk memeluk anak gadis negara kita ditambah dengan fenomena K-Pop yang sangat digilai gadis-gadis kita ni apabila diumpan dengan wajah-wajah tampan yang tak berapa nak original hehe bukan semua la yer, tetapi hujung pangkal "tepuk dada tanya selera", kalau kita dah tahu sungai tu ada buaya buat apa nak pi mandi sungai tu jugak kan, nak salahkan buaya tu pun tak boleh jugak hmm.. Tak perlu lah rasanya nak negatif sangat dengan artis Korea ni sampaikan ada komen yang saya baca sampai tahap menghina dorang, cukuplah sekadar menegur dan mengelak dari berlaku kejadian/kesalahan yang sama. Sekadar menyatakan pandangan dan saya bukan fans K-Pop not at all.

   Okey back to my story when saya terjebak dan tersangkut dengan program Running Man ni, as i know rancangan ni sebenarnya dah 5 tahun bersiaran dan dah pun mendapat tempat hampir seluruh dunia, but me........ saya baru mengenali Running Man tahun 2015 haha so ketinggalan kan. Actually memang dah lama dengar pasal show ni but tak pernah timbul minat untuk menonton sampailah satu saat bila bukak channel tv hari sabtu petang tu langsung tak dak apa2 rancangan tv yang menarik untuk ditonton, ntah macamana tangan ni boleh pi tekan remote 102, muncul lah di skrin tv rancangan Running Man.. Layan pi lah dah tak da cerita lain nak tengok, masa tu belum kenal lagi karektor seorang demi seorang ahli Running Man tapi boleh gelak mengalahkan tengok Maharaja Lawak hihi.. Hati mula terpikat, almaklumlah saya ni pencinta lawak esok tengok, aih ada lagi, isnin pun ada lagi TV9 bila dah tengok makin syok dan terjebak sampailah ke hari ini.. Mungkin korang akan cakap alah perempuan memang macamtu tak boleh tengok lelaki2 korea kacak skit mesti terjebak nak tengok.. totally wrong okey better change pandangan korang tu.. My brother and my dad pun terjebak jugak sampai download penuh dalam laptop semua episod Running Man ni haha..

Bersambung..............................................................................



Friday, January 2, 2015

FAVOURITE SIRI HAWAII FIVE-O (BARU)


    Assalamualaikum, Aloha aisehh berangan dok Hawaii la konon kan hehe, sebenarnya memang arini nak story berkaitan dengan Hawaii pun tapi sebelum tu Selamat Tahun Baru 2015 buat semua terutamanya yang sudi menyinggah baca blog yang tak seberapa ni, just wish tahun ni akan menjadi tahun yang lebih baik buat kita semua khususnya rakyat Malaysia.. Alright for my first entry in 2015 ni nak story tentang satu rancangan bersiri yang sebenarnya dah jadi fenomena sejak zaman mak ayah kita lagi iaitu Hawaii Five-O.. Seriously secara peribadi im addicted with this series, dulu channel AXN (Astro 701) ni tak berapa nak layan sangat lah tapi sejak dok tengok siri ni haa channel ni dah jadi saluran wajib tonton plak hehe.. Okey sebelum nak cerita panjang lagi mungkin ada yang tertanya-tanya cerita apa ni, apa benda Hawaii Five-O ni, haa nah tengok gambaq kat bawah ni dulu dan sekarang.

Haa.. Ni gambar siri Hawaii Five-O yang lama, zaman mak ayah kita dulu..

Haa.. Ni plak gambar siri Hawaii Five-O yang terkini, zaman2 kita ler hihi..

Ni plak pic kesinambungan siri yang sama dulu dan sekarang, nama watak masih dikekalkan..

    Lain orang mempunyai minat yang berbeza, ada sesetengah orang yang lebih menggemari cerita yang berunsurkan sains fiksyen dimana kita boleh nampak banyak penggunaan teknologi grafik masa kini contohnya macam cerita Hobbit, Lord Of The Ring dan sebagainya, haa banyak lah pokok bercakap, alien lawan manusia dan benda2 yang tak logik boleh kita lihat menerusi cerita genre tersebut. Personally sy plak kurang minat cerita2 macamtu dan sy lebih kepada cerita2 logik yang boleh terima dek akal so maybe thats the reason why i be one of Hawaii Five-O big fan.. Siri yang berunsurkan penyiasatan untuk mengenalpasti siapakah penjenayah sebenarnya haa.. Action? yes of course la kalau dah nama polis, penyiasat dan penjenayah mana boleh lari dari action kan, tak dinafikan memang banyak tapi ianya menarik untuk ditonton kerana setiap penyiasatan yang dibuat akan diketemukan dengan pelbagai bentuk jawapan hingga akhirnya bertemu dengan penjenayah sebenar yang dikehendaki. Love? yup Hawaii memang sangat terkenal dengan pantainya yang indah ditambah dengan wanita2 seksi haha but walaupun team Hawaii ni terdiri daripada Pegawai Polis yang menyiasat but they also got feelling ma so memang ada la kisah percintaan disitu walaupun tak banyak. Infact banyak perkara yang boleh kita lihat dalam siri ini, bagaimana kasih sayang seorang bapa terhadap anak, risiko yang dihadapi oleh anggota polis demi menegakkan keadilan serta membela nasib masyarakat, macam2 lah.. Kalau nak tau lagi kena lah tengok sendiri hihi..

    Cerita pasal watak2 dalam siri ni plak ada 4 watak utama yang sentiasa memainkan peranan penting dalam setiap episod. Orite yang sy story ni semua siri baru la yer yang lama tak tengok plak eheh.. Hero of the story Komander Steve McGarrett yang dilakonkan oleh Alex O'Loughlin haa as a woman memang tak boleh nak nafikan kekacakkan hero ni eheh.. So dia main main role in the series, penuh gaya dan romantis dalam menjayakan wataknya.. Tak kenal? haa nah tengok gambar dia di bawah..


Amboi lamanya tenung.. hehe.. ya ya sy tau dia memang kacak, nama pun hero kan hihi..

    Okey watak kedua yang tak bleh berpisah dengan hero tadi adalah Detective Danny Williams atau nama panggilannya Danno dibintangi oleh Scott Caan yang mempunyai watak slumber ja dalam siri ni, dimana ada si hero di situ lah ada dia dan menjadi tunjang belakang membantu Steve McGarrett mengenalpasti dan menangkap penjenayah, wataknya juga seorang ayah tunggal yang sangat mengambil berat terhadap anak perempuannya namun dalam masa yang sama komited terhadap tugasnya sebagai ditektif.. Gambar? haa tengok bawah..


Tak berapa nak hensem kan haha tapi he is quite funny dengan wataknya, menarik..

    Okey watak yang ketiga plak haa excited skit nak cerita pasal dia ni, why?? Because i admire him hehe.. Leftenan Chin Ho Kelly yang dibintangi oleh seorang pelakon berdarah korea Daniel Dae Kim seorang yang juga petugas yang membantu McGarrett serta Danny dalam penyiasatan.. Why i admire him? Not sure but maybe coz of his peronality, suka tengok gaya dia, ada serius, ada sweet, ada caring, ada funny complete.. Ala bila suka semua nampak complete kan hihi.. Watak Chin ni bijak menggunakan teknologi komputer yang canggih dalam mengenalpasti lokasi dan maklumat penjenayah, juga boleh bawa moto kuasa besar.. He is just nice.. Gambarnya di bawah..



Macho kan.. hehe seriously i admire his smile and style...

    Watak utama terakhir yang membintangi Siri Hawaii Five-O adalah satu satunya bunga yang menawan Kono Kalakaua yang dibintangi oleh Grace Park melakonkan watak sebagai sepupu kepada Chin Ho Kelly, seorang wanita yang lincah dan serius ketika bertugas, Kono juga dilihat wataknya mempunyai pelbagai konflik yang perlu beliau harungi dibantu oleh anggota Hawaii Five-O yang lain. Grace Park juga merupakan wanita yang berdarah Korea namun menetap di Los Angeles. Cantik dan seksi dan pastinya menjadi perhatian lelaki2 di luar sana hehe.. Jom tengok beberapa gambar beliau.. 



Cantik kan, manis orangnya and i think sangat sesuai melakonkan watak kono..

    Yeahh tu lah sedikit sebanyak yang boleh sy kongsi tentang siri Hawaii Five-O musim baru ni, menarik untuk ditonton sebenarnya epecially bagi penggemar2 cerita yang berunsurkan penyiasatan serta logical haa boleh la tonton setiap hari isnin hingga rabu jam 11 malam ni AXN dan setiap hari selasa jam 12 malam di TV2.. Try watch first then comment okey.. Ada lagi beberapa siri yang melibatkan penyiaatan macamni jugak seperti CSI Miami, CSI New York haa pun best jugak dan penyiasatan dia lebih mendalam berbanding Five-O.. Okeylah dah banyak story ni, next entry next story okey.. Thanks for reading, sampai jumpa lagi Aloha.. Assalamualaikum..






Thursday, September 25, 2014

Al-Kisah Anugerah Lawak Warna 2014


     Assalamualaikum hye everyone, tanggal 25/9 yeah got some personal good news maybe hehe Alhamdulillah but as usual sy nak share tentang dunia seni komedi Malaysia.. Beberapa hari yang lepas kita disajikan dengan satu Majlis Anugerah Lawak Warna 2014 yang merupakan satu majlis yang mengiktirafkan anak-anak seni komedi tanah air. Pada saya majlis ini sememangnya layak diadakan untuk memberi penghargaan kepada insan-insan seni yang sentiasa membuatkan kita bergelak ketawa dan riang, mereka adalah PELAWAK2 tanah air.

Logo dan Trofi anugerah ini berbentuk mentol lampu..


    Melihat kepada Logo dan Trofi yang diberikan kepada pemenang dengan reka bentuk mentol lampu bagi saya amat sesuai dengan kemampuan yang diperlukan oleh seorang insan yang bergelar pelawak.. Mereka sentiasa memerlukan idea-idea yang spontan untuk membuatkan orang ketawa, mereka juga perlu sentiasa peka dan sensitif dengan kehendak persekitaran untuk memastikan jenaka yang dibawa oleh mereka dapat diterima oleh khalayak ramai dengan sebaiknya. Fuh!! bukan senang oii nak buat orang gelak tambah-tambah plak dan Malaysia ni kita ada pelbagai golongan lapisan masyarakat dan pastinya setiap lapisan ini mempunyai cara penerimaan sesuatu komedi yang berbeza. Kalau dahulunya pelawak ini dianggap macam "sambal belacan" la senang cakap sebagai penambah perisa untuk menyedapkan lagi satu-satu sajian.. Tapi sekarang ni kita boleh tengok lawak dah macam menu utama dalam sajian makanan kita setiap hari.. Syabas pelawak2 Malaysia baik zaman dahulu mahupun sekarang.

    Bercakap tentang Anugerah Lawak Warna yang baru berlangsung kita dapat lihat pelbagai kategori yang mempertandingkan artis-artis komedi tanah air. Tapi dalam banyak-banyak anugerah yang disampaikan, saya sangat tertarik dengan Anugerah Kategori Khas Juri yang diberikan kepada Datuk Jamali Shadat dan Pak Hamid Gurkha, seniman lawak yang cukup lama menyerikan dunia seni lawak tanah air. Zaman mak ayah kita dulu haa mereka ni lah yang menjadi penyeri dunia lawak Malaysia. Anugerah ini sebenarnya tidak mampu untuk mengiktiraf jasa mereka didalam dunia seni yang sebenarnya begitu besar, namun begitu pastinya ia sedikit sebanyak memberi kegembiraan serta penghargaan buat mereka yang sudah bergelar veteran. Begitu juga dengan anugerah Pencapaian Sepanjang Zaman yang telah diberikan kepada salah satu kumpulan komedi paling popular era 90an tak lain dan tak bukan kumpulan SENARIO. Sejujurnya saya sendiri membesar dengan lawak-lawak dari kumpulan ini dan memang tak pernah miss la tengok telatah dorang setiap minggu di Tv3 sebelum muculnya rancangan2 realiti komedi seperti Raja Lawak dan sebagainya dan pada saya semamangnya anugerah ini selayak-layaknya diberikan kepada mereka.

    Bagi anugerah2 dalam kategori lain yang telah disampaikan pula saksikan pada senarai pemenang seperti di bawah :

KATEGORI TERBAIK

1. FILEM KOMEDI TERBAIK: Sejoli (PrimeWorks Studio)

2. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM): Bront Palarea (Sejoli)
3. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM): Maya Karin (Sejoli)
4. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (TV): Kazar Saisi (Bila Joyah Dah Goyah)
5. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV): Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)
6. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BERSIRI): Maharaja Lawak Mega 2013 (APSB/Homegrown)
7. SIRI TV KOMEDI TERBAIK (BERSIRI): Oh My English - April Fool (Red Communication)
8. SIRI KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI): Karoot Komedia Raya 
9. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI):Bila Joyah Dah Goyah
10. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (TV): Bila Joyah Dah Goyah - Nazir Jamaluddin
11. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (FILEM): Sejoli - Osman Ali

    Bercakap pula mengenai kategori popular yang mana pilihan pemenang bagi kategori ini dipilih menerusi undian SMS oleh rakyat Malaysia menyaksikan pemenang yang dijangka untuk kategori Artis Lawak Lelaki Paling Popular yang telah dijulang oleh Jep Sepahtu, kemenangan ini telah dijangka apabila melihat kepada sokongan padu berterusan daripada peminat2 beliau yang Jep sendiri panggil Luar Biasa hehe.. Bagi Kategori Artis Lawak Wanita Paling Popular pula kejutan telah berlaku apabila Sharifah Sakinah diangkat sebagai pemenang buat pertama kalinya. Bagi kategori Segmen Komedi Radio Paling Popular juga bagai sudah dijangka apabila mereka sendiri sebenarnya mendominasi ruang calon2 yang tersenarai untuk menang pada malam tersebut pastinya Johara Pagi Era. Debaran yang dinantikan telah pun terjawab, keseluruhannya mereka ini pastinya layak diberikan penghargaan dan setinggi tahniah buat semua pemenang. Satu lagi nak sentuh sikit ja pasal pengacara, one word for you Dato Ac Mizal, you are Awsome seriously, keep it up dan harap next year pun Dato jugak pengacaranya hehe..


    Okeylah dah banyak celoteh untuk story ni, time untuk tengok Bajet 2015 plak hehe, anyway semalam my birthday so thank you so much pada semua yang wish saya, moga doa anda dimakbulkan Allah dan anda semua juga dirahmatinya amin.. Bubyee guys.. Assalamualaikum..

Wednesday, September 10, 2014

SINAR SHARNAAZ AHMAD aka JEBAT ^__^



     Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, lama tak buka blog ni tapi Alhamdulillah ada juga yang sudi membaca.. Thanks u olls hehe.. September? yeah it is but still same nothing change yet for me, tapi tak pe maybe not the time yet kan kan hehe.. By the way bukan nak story pasal sy but today terpanggil untuk create some story tentang seorang hero Malaya yang saya kagumi dan femes la senang kata kan. Nak tahu siapa?? Jeng jeng jeng hehe, jom tengok gambar kat bawah ni..

Sharnaaz Ahmad aka Abg Jebat

     Yea yea abg Jebat korang tu la hihi.. Sharnaaz Ahmad satu nama yang tidak asing lagi di bibir peminat-peminat drama tanah air, Selain mempunyai wajah yang bagi saya kacak la, pandangan orang lain tak tahu la kan huhu, beliau juga mempunyai bakat lakonan yang mengkagumkan saya. Kenapa sy kagum? Sebab setiap lakonan beliau memberi impak atau kesan yang mendalam pada saya tak kira lah apa jua watak yang dibawa olehnya. Jom kita kenal-kenal dulu sedikit sebanyak tentang jejaka idaman Malaya ni sikit jom.

Nama : Sharnaaz Ahmad Bin Basir Ahmad 

Umur : 29 Tahun (2014)

Tarikh Lahir : 30 Ogos 1985

Tempat Lahir : Georgetown, Pulau Pinang

Pembabitan Awal : Anak kepada Datuk Basir Ahmad yang merupakan seorang usahawan di Pulau Pinang. Ayahnya juga merupakan kenalan rapat dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Sharnaaz mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan menerusi watak pertamanya dalam drama bersiri Tari Tirana. Beliau telah menyertai syarikat pengurusan Groom Works pada tahun 2010 dan sekali lagi diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem pertamanya SERU arahan Pierre Andre.

     Ok tu antara sikit sebanyak la yang sy bleh share tentang Sharnaaz Ahmad ni, walaupun dihimpit dengan pelbagai kontreversi tapi beliau tetap kuat mengharungi dengan semangat dari keluarga dan peminat. Apabila Sharnaaz ni terkenal dengan sifat panas barannya dan perkara itu diakui sendiri oleh jejaka kelahiran Pulau Mutiara ini, pada saya that is personal thing yang saya tak perlu nk campur adukkan dalam kerjaya dan bakat beliau. Everyone have negative side in their self and actually human can change, tetapi iyalah kita juga perlu terima hakikat yang manusia ini suka lebih suka menghukum daripada memperbetulkan dengan cara baik. But never mind whatever it is Sharnaaz tetap salah seorang pelakon terbaik yang ada si Malaysia. Who say he have no Class?? He is in Class A+ okeyyy..

     Latest drama yang betul2 telah melonjakkan nama beliau dengan panggilan Jebat adalah drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Layannnn ooo, sampaikan kadang-kadang berangan nak ada husband macam Abg Jebat ehehe.. Yang perempuan dengan Abg Jebatnya dan yang lelaki plak dengan Masturanya haha.. Gandingan yang amat serasi pada saya kedua-kedua dapat membawa dan menyelami watak tersebut dengan amat baik sekali and both of them are sooooooo cute and soooooo sweet seriously. Tak Percaya?? Jom tengok beberapa gambar adegan mereka berdua dalam drama tersebut..



Haaaaa.. Sweet kan kan hehe..

     Walaupun orang kata dia panas baran la keras kepala la, low class la Whatever but he prove that he got a really soft heart. Tak semua lelaki mampu mengalirkan air mata di hadapan orang ramai (bukan dalam lakonan la) but i saw a video yang membuatkan saya pun hampir mengalirkan air mata. Sambutan hari jadi beliau baru-baru ini yang telah dimeriahkan dengan peminat-peminat setianya dengan memberi kejutan sehingga menyebabkan beliau begitu terharu dan mengalirkan air mata. I never expect to see this but i did.. Orang kata muka ganas tapi hati taman ooo hehe.. Tak percaya jugak? okey i'll prove it tonton lah video dibawah ini..


     See kannn, haaa ramai lagi la wanita yang tertambat dengan jejaka sorang ni hihi.. Okeylah dah banyak celoteh pasal Abg Sharnaaz ni, Memang beliau tak baca entry ni but i still wanna say Abg Sharnaaz apapun yang orang cakap apapun yang orang buat pada abg just be your self, sebab diri abg sendiri lah yang membawa abg Sharnaaz sampai ke tahap sekarang, be strong and keep moving as best actor in Malaysia. I also wish u will add some more award in future because u really deserve it. Pada penyokong2 abg Jebat plak, keep support him and be his backbone untuk terus berjuang sebagai anak seni okey guys... ehehe..Thats all for today, nak sambung kerja plak, see yaa.. Bye bye... Assalamualaikum.



Monday, July 14, 2014

CORAT CORET FIFA WORLD CUP 2014

 
    Assalamualaikum, Salam Ramadhan sahabat2 yang ku kasihi sekalian.. Fuhhh!!! panjang nak mengeluh ni, dah lama sangat tak buka and update blog.. Such a busy woman (konon) hehe.. Pejam celik dah sampai 17 Ramadhan dah MashaAllah cepat sungguh waktu berlalu tanpa sedar.. As u all know sy seorang pencinta komedi/lawak but same time i'm also a sport's lover, yeahh jangan wat muka terkejut macamtu sy tak tipu, i am a sport's lover dan seluruh dunia rasanya sekarang ni tengah mula kebah dari demam World Cup 2014.. Fuhh bahang dia cukup panas (yg negara x tercalon pun turut rasa panas) huhu.. Awal pagi tadi rasanya ramai yang tak lena menyaksikan Dream Final World Cup 2014, GERMANY vs ARGENTINA. Woww dua negara yang sangat GAH dengan bintang2 mereka. Sejujur jujurnya sebelum mula sepak mula game pertama piala dunia ni lagi sy dah pilih GERMANY as my favourite team. So bila menang of course im happy and really enjoy the tornament (x percaya sudah)..

   Bak kata pepatah barang yang lepas jangan dikenang so sy pun tak nak lah cerita pasal kalah menang ni semua but sy tertarik untuk bercakap tentang kualiti bola sepak yang dibawa oleh setiap negara yang bertanding dalam World Cup ini.. Seriously im really excited to watch sejak dari perlawanan kumpulan lagi, SEMANGAT dorang jelas ibarat sedang berperang mempertahankan negara bukannya semangat bermain bola sepak, thats why u can clearly look their tears come out when they win or lost in any game in World Cup. SKILL atau kemahiran yang dorang ada begitu pelbagai dan menarik untuk ditonton and same time mampu menjulang team mereka dalam kedudukan yang sangat baik especially Germany and Argentina.. DISIPLIN, yesss ini yang paling menarik sy dapat lihat jelas ada dalam skuad Germany terutamanya ketika menentang Brazil and i'm 100% sure disiplin juga yang telah menjulang mereka sebagai Juara Piala Dunia 2014. KERJASAMA is another key point dalam pasukan yang membawa kepada every positive achievement in World Cup, kerjasama ni bukan saja antara sesama pemain but also antara coach pengurus dan setiap individu yang terlibat dalam mengendalikan pasukan. SOKONGAN daripada penyokong dan peminat pastinya menjadi pemangkin semangat untuk setiap pasukan berdiri dengan lebih kukuh untuk menyaingi lawan masing2 walaupun ia bukannya penyumbang utama pada sesuatu kejayaan.

   Sy memang x da pengalaman main bola sepak but as i said sy seorang pencinta sukan and i know sedikit sebanyak tentang sukan include football. Kalau kita boleh ambil all that key SEMANGAT, SKILL, DISIPLIN, KERJASAMA and SOKONGAN seperti yg ada dalam bola sepak dan kita semaikan dalam setiap tugas yang kita laksanakan dalam kehidupan seharian, Inshaa Allah tak mustahil kita juga mampu julang kejayaan seperti mana GERMAN menjulang Piala Dunia 2014 dengan megah dan pastinya sebagai manusia kita perlu menambah setiap usaha kita dengan DOA kepada yang Esa.. Panjang plak tazkirah kan hehe, by the way pada sy la eh, sy hanya mampu menonton bola sepak GRED A di Piala Dunia so kalau nak tunggu 4 tahun sekali tu lama sangat, buat la 2 tahun sekali ka, tiap2 tahun ka kan kan hehe.. Just Kidding.. Okeylah masa tak berapa nak cukup, ceq nak pi sedia juadah bukak posa satgi so last word from me, BRAZIL be proud because u are really great HOST for World Cup 2014, amazing game until final match and i really enjoy it.. Congratulations for Germany (yihaaaaaaaaaaaa) and also for all other country who at least qualify to World Cup Championship. One more kawan2 jangan lupakan saudara2 kita di Bumi GAZA, please doakan mereka dan berilah sumbangan setakat yang mampu ya.. Moga Allah melindungi mereka dan kita Bumi Malaysia.. Amin.. Al-Fatihah..







   P/S ; Gelagat penyokong masing2.. Adat pertandingan menang dan kalah so dont give up.. Good Bye World Cup 2014.. See ya in 2018.. ^__________^