Thursday, September 25, 2014

Al-Kisah Anugerah Lawak Warna 2014


     Assalamualaikum hye everyone, tanggal 25/9 yeah got some personal good news maybe hehe Alhamdulillah but as usual sy nak share tentang dunia seni komedi Malaysia.. Beberapa hari yang lepas kita disajikan dengan satu Majlis Anugerah Lawak Warna 2014 yang merupakan satu majlis yang mengiktirafkan anak-anak seni komedi tanah air. Pada saya majlis ini sememangnya layak diadakan untuk memberi penghargaan kepada insan-insan seni yang sentiasa membuatkan kita bergelak ketawa dan riang, mereka adalah PELAWAK2 tanah air.

Logo dan Trofi anugerah ini berbentuk mentol lampu..


    Melihat kepada Logo dan Trofi yang diberikan kepada pemenang dengan reka bentuk mentol lampu bagi saya amat sesuai dengan kemampuan yang diperlukan oleh seorang insan yang bergelar pelawak.. Mereka sentiasa memerlukan idea-idea yang spontan untuk membuatkan orang ketawa, mereka juga perlu sentiasa peka dan sensitif dengan kehendak persekitaran untuk memastikan jenaka yang dibawa oleh mereka dapat diterima oleh khalayak ramai dengan sebaiknya. Fuh!! bukan senang oii nak buat orang gelak tambah-tambah plak dan Malaysia ni kita ada pelbagai golongan lapisan masyarakat dan pastinya setiap lapisan ini mempunyai cara penerimaan sesuatu komedi yang berbeza. Kalau dahulunya pelawak ini dianggap macam "sambal belacan" la senang cakap sebagai penambah perisa untuk menyedapkan lagi satu-satu sajian.. Tapi sekarang ni kita boleh tengok lawak dah macam menu utama dalam sajian makanan kita setiap hari.. Syabas pelawak2 Malaysia baik zaman dahulu mahupun sekarang.

    Bercakap tentang Anugerah Lawak Warna yang baru berlangsung kita dapat lihat pelbagai kategori yang mempertandingkan artis-artis komedi tanah air. Tapi dalam banyak-banyak anugerah yang disampaikan, saya sangat tertarik dengan Anugerah Kategori Khas Juri yang diberikan kepada Datuk Jamali Shadat dan Pak Hamid Gurkha, seniman lawak yang cukup lama menyerikan dunia seni lawak tanah air. Zaman mak ayah kita dulu haa mereka ni lah yang menjadi penyeri dunia lawak Malaysia. Anugerah ini sebenarnya tidak mampu untuk mengiktiraf jasa mereka didalam dunia seni yang sebenarnya begitu besar, namun begitu pastinya ia sedikit sebanyak memberi kegembiraan serta penghargaan buat mereka yang sudah bergelar veteran. Begitu juga dengan anugerah Pencapaian Sepanjang Zaman yang telah diberikan kepada salah satu kumpulan komedi paling popular era 90an tak lain dan tak bukan kumpulan SENARIO. Sejujurnya saya sendiri membesar dengan lawak-lawak dari kumpulan ini dan memang tak pernah miss la tengok telatah dorang setiap minggu di Tv3 sebelum muculnya rancangan2 realiti komedi seperti Raja Lawak dan sebagainya dan pada saya semamangnya anugerah ini selayak-layaknya diberikan kepada mereka.

    Bagi anugerah2 dalam kategori lain yang telah disampaikan pula saksikan pada senarai pemenang seperti di bawah :

KATEGORI TERBAIK

1. FILEM KOMEDI TERBAIK: Sejoli (PrimeWorks Studio)

2. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM): Bront Palarea (Sejoli)
3. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM): Maya Karin (Sejoli)
4. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (TV): Kazar Saisi (Bila Joyah Dah Goyah)
5. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV): Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)
6. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BERSIRI): Maharaja Lawak Mega 2013 (APSB/Homegrown)
7. SIRI TV KOMEDI TERBAIK (BERSIRI): Oh My English - April Fool (Red Communication)
8. SIRI KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI): Karoot Komedia Raya 
9. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI):Bila Joyah Dah Goyah
10. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (TV): Bila Joyah Dah Goyah - Nazir Jamaluddin
11. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (FILEM): Sejoli - Osman Ali

    Bercakap pula mengenai kategori popular yang mana pilihan pemenang bagi kategori ini dipilih menerusi undian SMS oleh rakyat Malaysia menyaksikan pemenang yang dijangka untuk kategori Artis Lawak Lelaki Paling Popular yang telah dijulang oleh Jep Sepahtu, kemenangan ini telah dijangka apabila melihat kepada sokongan padu berterusan daripada peminat2 beliau yang Jep sendiri panggil Luar Biasa hehe.. Bagi Kategori Artis Lawak Wanita Paling Popular pula kejutan telah berlaku apabila Sharifah Sakinah diangkat sebagai pemenang buat pertama kalinya. Bagi kategori Segmen Komedi Radio Paling Popular juga bagai sudah dijangka apabila mereka sendiri sebenarnya mendominasi ruang calon2 yang tersenarai untuk menang pada malam tersebut pastinya Johara Pagi Era. Debaran yang dinantikan telah pun terjawab, keseluruhannya mereka ini pastinya layak diberikan penghargaan dan setinggi tahniah buat semua pemenang. Satu lagi nak sentuh sikit ja pasal pengacara, one word for you Dato Ac Mizal, you are Awsome seriously, keep it up dan harap next year pun Dato jugak pengacaranya hehe..


    Okeylah dah banyak celoteh untuk story ni, time untuk tengok Bajet 2015 plak hehe, anyway semalam my birthday so thank you so much pada semua yang wish saya, moga doa anda dimakbulkan Allah dan anda semua juga dirahmatinya amin.. Bubyee guys.. Assalamualaikum..

Wednesday, September 10, 2014

SINAR SHARNAAZ AHMAD aka JEBAT ^__^



     Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, lama tak buka blog ni tapi Alhamdulillah ada juga yang sudi membaca.. Thanks u olls hehe.. September? yeah it is but still same nothing change yet for me, tapi tak pe maybe not the time yet kan kan hehe.. By the way bukan nak story pasal sy but today terpanggil untuk create some story tentang seorang hero Malaya yang saya kagumi dan femes la senang kata kan. Nak tahu siapa?? Jeng jeng jeng hehe, jom tengok gambar kat bawah ni..

Sharnaaz Ahmad aka Abg Jebat

     Yea yea abg Jebat korang tu la hihi.. Sharnaaz Ahmad satu nama yang tidak asing lagi di bibir peminat-peminat drama tanah air, Selain mempunyai wajah yang bagi saya kacak la, pandangan orang lain tak tahu la kan huhu, beliau juga mempunyai bakat lakonan yang mengkagumkan saya. Kenapa sy kagum? Sebab setiap lakonan beliau memberi impak atau kesan yang mendalam pada saya tak kira lah apa jua watak yang dibawa olehnya. Jom kita kenal-kenal dulu sedikit sebanyak tentang jejaka idaman Malaya ni sikit jom.

Nama : Sharnaaz Ahmad Bin Basir Ahmad 

Umur : 29 Tahun (2014)

Tarikh Lahir : 30 Ogos 1985

Tempat Lahir : Georgetown, Pulau Pinang

Pembabitan Awal : Anak kepada Datuk Basir Ahmad yang merupakan seorang usahawan di Pulau Pinang. Ayahnya juga merupakan kenalan rapat dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Sharnaaz mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan menerusi watak pertamanya dalam drama bersiri Tari Tirana. Beliau telah menyertai syarikat pengurusan Groom Works pada tahun 2010 dan sekali lagi diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem pertamanya SERU arahan Pierre Andre.

     Ok tu antara sikit sebanyak la yang sy bleh share tentang Sharnaaz Ahmad ni, walaupun dihimpit dengan pelbagai kontreversi tapi beliau tetap kuat mengharungi dengan semangat dari keluarga dan peminat. Apabila Sharnaaz ni terkenal dengan sifat panas barannya dan perkara itu diakui sendiri oleh jejaka kelahiran Pulau Mutiara ini, pada saya that is personal thing yang saya tak perlu nk campur adukkan dalam kerjaya dan bakat beliau. Everyone have negative side in their self and actually human can change, tetapi iyalah kita juga perlu terima hakikat yang manusia ini suka lebih suka menghukum daripada memperbetulkan dengan cara baik. But never mind whatever it is Sharnaaz tetap salah seorang pelakon terbaik yang ada si Malaysia. Who say he have no Class?? He is in Class A+ okeyyy..

     Latest drama yang betul2 telah melonjakkan nama beliau dengan panggilan Jebat adalah drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Layannnn ooo, sampaikan kadang-kadang berangan nak ada husband macam Abg Jebat ehehe.. Yang perempuan dengan Abg Jebatnya dan yang lelaki plak dengan Masturanya haha.. Gandingan yang amat serasi pada saya kedua-kedua dapat membawa dan menyelami watak tersebut dengan amat baik sekali and both of them are sooooooo cute and soooooo sweet seriously. Tak Percaya?? Jom tengok beberapa gambar adegan mereka berdua dalam drama tersebut..



Haaaaa.. Sweet kan kan hehe..

     Walaupun orang kata dia panas baran la keras kepala la, low class la Whatever but he prove that he got a really soft heart. Tak semua lelaki mampu mengalirkan air mata di hadapan orang ramai (bukan dalam lakonan la) but i saw a video yang membuatkan saya pun hampir mengalirkan air mata. Sambutan hari jadi beliau baru-baru ini yang telah dimeriahkan dengan peminat-peminat setianya dengan memberi kejutan sehingga menyebabkan beliau begitu terharu dan mengalirkan air mata. I never expect to see this but i did.. Orang kata muka ganas tapi hati taman ooo hehe.. Tak percaya jugak? okey i'll prove it tonton lah video dibawah ini..


     See kannn, haaa ramai lagi la wanita yang tertambat dengan jejaka sorang ni hihi.. Okeylah dah banyak celoteh pasal Abg Sharnaaz ni, Memang beliau tak baca entry ni but i still wanna say Abg Sharnaaz apapun yang orang cakap apapun yang orang buat pada abg just be your self, sebab diri abg sendiri lah yang membawa abg Sharnaaz sampai ke tahap sekarang, be strong and keep moving as best actor in Malaysia. I also wish u will add some more award in future because u really deserve it. Pada penyokong2 abg Jebat plak, keep support him and be his backbone untuk terus berjuang sebagai anak seni okey guys... ehehe..Thats all for today, nak sambung kerja plak, see yaa.. Bye bye... Assalamualaikum.