Assalamualaikum hye everyone!! Fiuhh! Dah lama tak dapat kesempatan untuk update blog ni, tapi hari ni Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menyambung coretan ku disini. Kalau melihat kepada tajuk blog ni semua dah sedia maklum saya memang pencinta lawak and i will keep on writing about lawak, komedi, jenaka, humor dan sebagainya. Kita semua masih lagi terasa bahang MaharajaLawak Mega 2013 dan dah 10 minggu program ini berlangsung and u know what!! it's a record apabila program ini mempunyai jumlah peminat tertinggi mengatasi semua realiti program yang lain. Okey la, tak mau muqadimah panjang lebaq saya nak story skit tentang persembahan peserta2 MLM yang masih bertanding di saat ini. First we go to BOCEY, what an amazing combination 3 muka baru ni yang menunjukkan persembahan konsisten saban minggu, kalau pada awalnya mereka hanya dianggap peserta tempelan yang tersanarai hanya untuk melengkapkan kuota MLM 2013, but now they prove something yang mereka layak kekal sehingga hari ini dan saya tak akan terkejut andai BOCEY disebut oleh Dato' Ac Mizal sebagai calon peserta di Final. Persembahan BOCEY di minggu ke-10 dengan tema radio bagi saya sangat memberangsangkan, Comel sangat tengok Abam jadi budak kecik and for sure orang semua akan ingat nama dia "Osman Kitty Bin Hello Kitty" haha very nice hope konsisten hingga final.
3 Jejaka yang semakin mendapat tempat dalam dunia lawak serta di hati peminat Malaysia BOCEY yallll!!
SYJ gabungan seorang Otai dan 2 muka yang baru tak baru jugak la tapi still can say new comers jugak tak kurang hebatnya Shuk (balas), Jihan, Yassin pada saya merupakan kombinasi yang sangat baik dan hampir konsisten setiap minggu dengan lawak2 yang begitu baik sekali. Punchline yang digunakan juga fresh dan yeah no wonder la why one of MLM 2013 juries memilih SYJ sebagai peserta Favourite beliau, tak lain dan tak bukan bro Sheikh Haikal kita. SYJ have their own karisma, dan saya berani cakap di minggu ke-10 SYJ telah menyajikan antara persembahan terbaik malam tu, kreatif and fresh.. Week 10, Love your performance guys. Tetapi kalau dilihat dari sudut undian kedudukan mereka agak rapuh untuk meneruskan perjalanan ke Final but this is MLM 2013, 70% markah comes from jury dan hanya 30% come from us pengundi. Seandainya SYJ tersingkir sebelum final, i think mereka tetap dan seharusnya perlu diberi tabik hormat because they deserve it seriously. Come on SYJ terus hiburkan kami dengan lawak2 terbaik anda, dont worry about votes, kalau ada rezeki your group name gonna be mention in Final.
3 Gabungan Mantap yang menyerikan MLM 2013. SYJ yalll!!!!
Peserta yang dianggap favourite untuk muncul juara musim ini tidak lain dan tidak bukan SEPAHTU, haha tengok tu bila baca nama SEPAHTU ja ada la yang senyum sorang2 tu haaa kantoiii!!! hihihi. Penangan SEPAHTU tak dapat siapa pun nafikan, kumpulan ni berjaya mengumpul jumlah pengikut mereka tersendiri dan yang bertuanhya mereka ini adalah kelompok peminat yang dapat mereka kumpul was really strong supporter, atau dalam erti kata lain "die hard supporter". Pasal undi?? tak payah cakap la, every week confirm no 1 dalam carta dan saya sendiri sebenarnya memang meminati kumpulan SEPAHTU ini yang dianggotai Jep, Shuib dan Rahim. SEPAHTU memang sangat terkenal dengan punchline2 yang sangat baik sehingga menjadi ikutan peminat2 MLM 2013 ini sendiri. "Punchline korang memang bukan2 doh" hahaha. Di saat kelihatan prestasi mereka semakin merudum saban minggu dan peminat2 SEPAHTU sendiri semakin resah namun semangat "fighting back" "never give up" yang ada pada mereka telah kembalikan mereka ke landasan yang tepat untuk mencapai target serta harapan penyokong mereka sendiri which is "CHAMPION". Minggu ke-10 pada saya skestsa yang sangat santai dan hanya bermodalkan lawak membahan Rahim, mereka berjaya mencuit hati penonton. Senang kata SEPAHTU minggu ke-10 simple but original. Untuk SEPAHTU final sudah pasti..
Bro2 SEPAHTU yalll!! Amboi korang lamanya tenung yang paling kiri tu hihi..
NABIL AHMAD satu-satunya peserta solo yang tak perlu saya perkenalkan lagi, one of the most talented stand up comedian yang saya respect di Malaysia. To just stand alone and make people laugh every single minute is not easy berbanding mereka yang berkumpulan. Grafnya persembahannya mungkin naik turun every week tapi he still one of my favourite dalam MLM 2013 ni. Kalau ada anugerah peserta paling kreatif saya akan bagi pada NABIL AHMAD because in my view setiap persembahannya saban minggu mempunyai kreativiti tersendiri yang mungkin juga tak terfikir oleh peserta berkumpulan yang lain. Anyway talking about persembahan minggu ke-10, kalau boleh saya jujur la eh, saya sendiri mengundi NABIL AHMAD sebagai Man Of The Match untuk malam tu and im so happy bila namanya disebut sebagai pemenang, cuma sedikit terkilan bila abg NABIL masuk bottom 3. Tapi kalau dinilai balik secara keseluruhan semua bagus2 dan semua yang lain jugak tak patut ada dalam bottom 3. Ermm but what can we say, bila persaingan semakin sengit for sure banyak keputusan mengejut akan berlaku. I wanna see u in final abg NABIL AHMAD, All the Best and for NABIL supporter keep on vote for him..
Alamak Baiyaa Kereng Ajar!! haha NABIL AHMAD yalll!!!!!!
SHIRO, SHIRO, SHIRO, Alamakkk excited plak bila nak cerita pasal kumpulan ni.. why?? hehe nak cerita la ni, SHIRO juara di Hatiku haaa nampak tak hehe. Tak kisahlah SHIRO dapat nombor berapa pun janji mereka ke Finalllllllll.. yeahh every week sebenarnya persembahan SHIRO jarang mengecewakan penonton MLM 2013 dan peminat2 mereka. Minggu ke-10 dengan tema radio, persembahan SHIRO jugak antara yang terbaik malam tu dengan adanya nyanyian YH (Yusof Haslam) telah meriuhkan suasana dan semestinya lawak der hahah.. 2 kombinasi dari Johor yang tak asing lagi iaitu Ajak dan Shahrol mempunyai idea dan lagak tersendiri. Kalau SEPAHTU terkenal dengan lawak2 pertuturan mereka, tapi SHIRO terkenal dengan lawak bahasa tubuh dorang memang Gempak!! lah. Kredit untuk kumpulan ni walaupun masih baru tapi kualiti yang mereka tunjukkan dalam setiap persembahan memuaskan hati. 2 minggu SHIRO tersenarai di bottom 3, resahnya gelisah semua ada oiii. Pada juri2 jangan la kedekut markah sangat bagi dekat SHIRO ni naa, depa bagoih laa heheh.. SHIRO Supporter, Buddyz SHIRO terus undi SHIRO ok, pastikan baba2 kita ni ke Final.. In Shaa Allah.
Serasi Bersama SHIRO yallll!!! Kalau Juara, im' Happy :)))))))))))))
The Last one JAMBUUUU!! yihaaa.. kumpulan yang mempunyai jumlah peminat yang tak kurang hebatnya, macam kata Datuk Yusof Haslam, lawak kumpulan ni memang kadang2 merapu dan tak ada isi but that is their style untuk melawak, janji orang gelak tu yang penting kan kan.. hehe.. untuk minggu ke-10 persembahan JAMBU agak kurang menyengat berbanding biasa, lawak yang dipersembahkan mungkin jugak dah terlalu biasa untuk buat penonton ketawa but anyway still dapat tengok effort dari dorang untuk memberikan persembahan terbaik pada penonton. To All JAMBU supporter jumlah undi yang menyokong JAMBU tak seramai jumlah suara yang menyokong mereka so if u wanna see JAMBU in final, plez vote everyone. JAMBU tetap antara kumpulan favourite untuk ke Final. So all the best JAMBU hope konsistensi from both of u, keep it up.. :)
JAMBU in the House yall!!! Antara pelawak duo terbaik di Malaysia..
p/s : Dah panjang sangat celoteh ni hehe.. Apapun jangan lupa saksikan malam ni MaharajaLawak Mega 2013 Live di Kedah. Jom Sokong pelawak2 kita jom!!!! Jumpa Lagi.. Tata.....................





.jpg)