Assalamualaikum hye2, spend time jap hari ini rasa terpanggil nak menulis tentang seorang tokoh dunia yang amat2 saya kagumi, seriously i really impress with this guy. Nama diberi Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dilahirkan pada tanggal 10 Julai 1925 di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik beradik dan memegang kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (1953). Beliau merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Tokoh yang cukup dikenali dengan panggilan nama Dr.M ini pernah ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang (hospital sy dilahirkan ni hehe). Pada tahun 1956 Tun Mahathir telah menamatkan zaman bujangnya dengan mendirikan rumahtangga bersama seorang wanita hebat bernama Tun Dr.Siti Hasmah Mohamad Ali. Pasangan ini dikurniakan 4 orang cahaya mata dan mengambil 3 orang anak angkat.
Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan anak melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang dikenali sebagai MAHA klinik. Pada ketika itu hanya terdapat 5 buah klinik sahaja yang dibuka. MAHA klinik kemudiannya dipindahkan ke Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar dan kekal sehigga sekarang. Hehe seronok bercerita tentang tokoh ni sebenarnya, beliau ada keunikan tersendiri yang tak ada pada orang lain, he is really amazing person for me no doubt!!. Untuk entry Part 1 ni saya nak cerita pasal diri Tun sahaja tanpa menyentuh tentang penglibatan serta bakti beliau terhadap negara dan bidang bidang politik khususnya.. Nanti kita story bab2 tu dalam entry Part 2 okeyh hehe.. Tak best la kalau kita duk cakap pasai tuan punya badan tapi gambaq dia tak dak kan, haa meh nak buh tengok la wajah Ayanda kita sorang ni, tak pernah lekang dari senyuman.
* Seri Wajah Seorang Pemimpin yang Disegani Dunia *
Berbekalkan dengan daya intelektual yang tinggi tokoh ini telah membawa nama Malaysia terpahat di setiap pelosok dunia. Melihat kepada skala pemikiran luas yang ada pada tokoh ini sebenarnya bermula daripada hobinya yang suka membaca. Prinsip yang sentiasa beliau genggam selama ini iaitu pembelajaran adalah proses seumur hidup menuntut beliau untuk sentiasa memenuhi ilmu pengetahuan dalam dirinya. Tak hairanlah kan kenapa beliau diangkat sebagai Ikon Membaca Kebangsaan pada tahun 2011 dengan adanya sikap "ulat buku" dalam dirinya. Tun Mahathir tidak pernah sesekali membiarkan setiap saat berlalu begitu saja, walau sibuk macamana pun beliau akan tetap menjadikan amalan membaca itu sebagai rutin hariannya. Nampak tak dimana kedudukan Tun Mahathir sekarang hanya dengan asas membaca. Peribadi Tun juga yang sentiasa mengukir senyuman di bibir sentiasa menampakkan wajahnya yang manis dan mudah didekati oleh orang lain.
Jujur saya amat mengkagumi tokoh ini secara peribadi dan beliau juga merupakan salah seorang idola yang sentiasa menjadi asas pemangkin semangat untuk saya terus berjuang. Beberapa hari ini keadaan Tun Mahathir tidak berapa sihat namun beliau dilaporkan telah dibenarkan pulang dari Hospital, Alhamdulillah berkat doa orang ramai terhadap Ayahnda semoga terus sihat sejahtera.. Amin.. Okeylah dah panjang story ni hehe, nanti sambung Part 2 plak di entry seterusnya yer.. Jumpa lagi.. Assalamualaikum... Peace yooo!!!
