Monday, September 23, 2013
Temuduga Pegawai PsikologiKu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, hye everyone.. September september and september.. just hoping it could be the best month for me this year.. ermm dah hampir penghujung bulan dah, can say yeahh it is nice but in a same time da jugak pahit dia.. Ermm never mind lupakan jap cerita2 lain fokus pada hari yang amat penting bagiku di bulan september ni.. Guest what?? pada 3/9/2013 sy dapat email suruh mai temuduga dekat Bangunan Zetro, Wangsa Maju Kuala Lumpur pada tanggal 9/9/2013 (isnin). Baca ja email tu teruih ketaq lutut ni haa.. mampoih dah nak pi temuduga plak hehe first time ni temuduga untuk kerja kerajaan dan dalam bidang yg memang sy study pun "Pegawai Psikologi". Macam2 dugaan la nak sampai ke KL tu kan, sampai last minit dah hari jumaat x dapat tiket lagi nak pi sana, tapi Allah tu sentiasa ada utk tolong kita. Berkat Allah S.W.T sampai la jugak ke sana ditemani seorang sahabat yg sudi membantu saat kita memerlukan. Thanks Tirah.
Kalau nak cerita perjalanan pi sana nanti panjang plak, kita short cut the story sampai la ke hari temuduga tu berlangsung. Jantung ni tak tau la berapa kilo meter sejam dia berdenyut punya ketaq hehe.. Anyway tetap control macho duk tunggu giliran, dalam masa yg sama tak sangka dapat jumpa balik beberapa member UMS, lepas la rindu balik kan dah macam reunion pun ada gak hihi. Tunggu punya tunggu sampai lah orang yg nak temuduga tu sampai. Tengok muka depa aisehh dua2 laki, cengey plak tu (cengey tu macam serius la muka nampak garang hehe). Boleh kata dalam 70 org jugak la yg pi temuduga hari tu, tak lama lepaih tu setiap orang dipanggil untuk duk bertiga2 dalam satu kelompok, ingatkan pasai pa rupanya nak masuk dalam bilik temuduga tu sekali 3 orang 3 orang.. "Perghhh lagi ketaq lutut".. Tiba2 nama sy dipanggil utk 3 orang pertama utk kelompok pertama.. What!!!!!!! OMG.. tak pa tak pa control meen control hehe..
Masuklah dalam bilik tu, kaki tangan punya sejuk "rasa macam masuk wad bedah pun ada jugak hehe".. bagi fail dekat penemuduga tu dan sy sebagai calon ke-3. Mula2 calon pertama diminta perkenalkan diri, tengok kak tu sembang perghh!! "dalam hati dok kata habih la aku tak pandai nak kona ayat macam ni, tak pa relax2 huhu".. sampai dekat calon ke-2 plak, dia ni member masa dekat UMS dulu, agak tersangkut2 jugak la dia jawab soalan2 kan tapi Alhamdulillah lepas gak azab dia.. Sampai la plak ke giliran sy.. 2 calon yg sebelum ni tak dak pun dia suruh speaking pa, mai ja giliran sy sorang penemuduga dari Sabah tu kata, u can speak in English? "Abihlaaaa aku" dgn confidentnya jawab YES I CAN.. berlagak tak?? hahaha.. Ketaq campoq nerves campoq sakit perut hampa bleh bayang tak situasi masa tu macamana?? Kita pun perkenai la diri semua dalam english dgan nada ketaq2 ni, nasib bek depa tak gelak hehe.. dah habis perkenalkan diri dan dah tak mampu kawal nerves ni sy ckp dkat penemuduga tu dengan slamber, Sory sy nerves sangat, can i speak in Malay?? Depa dua org pun angguk2, tak tau la potong markah ka tak hihi..
Dalam dok story2 pasai aktiviti2 yang pernah kita join tu, penemuduga tu pon dok belek2 la sijil2 sy yg ada. Sampai la ke satu sijil tu sy pernah menyertai program Mentor Mentee. Penemuduga B kata haaa ni sy nak tanya ni, sy pun baru balik daripada program ni, jadi kamu tak boleh tipu sy la.. "Dalam kepala dok pikiaq pa plak dia nak tanya ni".. Cerita apa yg kamu dapat dalam program ni dan cerita tentang keseluruhan program ni serta fungsi dia. Huh!! okey my Goreng! time huhu.. dah habis goreng2, penemuduga A tu tanya dekat penemuduga B, haa puas hati dah dapat jawapan yg kamu nak?? kawan tu pun angguk2 hihi.. Legaaaaaaaaaa rasa.. Lepas tu apa lagi, kalau sebut psikologi ni kompom la banyak teori2 nama bagai kan, kita pun boh la mana teori yang ingat, camana nak aplikasi dalam sesi kaunseling semua. Jawatan ni lebih kepada Khidmat Negara, so kita banyak kaitkan dengan program PLKN tu sendiri la. Sampai la last sekali dia suruh gulung hujah pasaipa depa patut ambil sy utk kerja ni?? soalan standard la kan.. Kita pun goreng la sampai hangit sampai buat dia rasa bersaah kalau tak pilih sy hahaha (konon).
Keluaq daripada bilik tu, jantung kembali berdegup normal semua kembali normal, rasa macam baru lepas azab besaq punya hehe.. Anyway ni memang satu pengalaman yg sangat bermakna la.. Muka penemuduga tu memang nampak cengey tapi depa baik2 ja pun.. Alhamdulillah semua selesai dengan baik, cuma sekarang ni masih menunggu keputusan ja la. Semuanya sekarang serah pada Allah ja, usaha dah tinggal doa dan berserah ja.. InsyaAllah.. Panjang dah story ni, nanti sambung cerita lain plak yerr hihi.. See yaaa.. kalau da yang nak tau apa lagi soalan2 yg ditanya boleh ja tanya jangan segan2 hihi.. Bubyeeeee.. Waiting for October Wehoooo!!! ^^___^^
Tuesday, September 3, 2013
My World My Idol Datuk Lee Chong Wei - Part 3
Assalamualaikum and happy September, yeahh diam tak diam sat ja masuk bulan 9 dah untuk tahun 2013 ni kan? Rasa macam baru ja dok pasang azam baru untuk tahun 2013 ni hehe "tak capai2 pun lagi azam tu hikhik" Tak pa lah ada 3 bulan lagi kan teruskan usaha yeahhh!!. Entry ni bukan saya nak cerita pasai AZAM tapi nak sambung story pasai salah sorang idola saya ni, semua dah tau kot kan?? kalau tak tau jugak meh nak tunjuk gambaq dia sikit haaa tengok bawah ni
Haaa touching tak tengok gambaq ni?? kalau betoi fans badminton sure masih ingat ini lah antara detik hitam dan manis jugak sebenarnya ketika di Sukan Olimpik 2008 apabila Datuk Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan di pentas final (foto: masa ni adalah majlis penyampaian hadiah, nampak tak dia nangis?? orang yang tengah tulis ni pun nangis sama tau masa ni hehe) sedih memang sedih tapi bangga dengan dia sebab satu2 nya atlet Malaysia yang berjaya bawa pingat perak balik dari Olimpik pada masa itu. Kalau kita tengok kebanyakkan atlet2 dalam mana2 sukan pun mesti nampak fit kan especially sukan2 yang memerlukan tenaga yang banyak macam badminton ni la, tapi kalau tengok LCW ni nampak kurus cengkung ja kan haha "but still sweet okey". Tapi dalam kering2 dia tu pun haaa ada 6 Pax okey haa, kau hadooo??? hehe, tak caya tengok gambaq ni ha..
p/s : Amacam sekarang ada percaya ka??? hehe
Apa yang tak dak dekat dia ni?? Kereta Ferrari, Lamborghini, rumah mewah semua lengkaplah.. Peminat?? tak payah kata la kan 1 dunia ada peminat dia ni, tapi jarang sekali kita dengaq gosip2 liaq pasai dia. Gosip bercinta pun dengan Wong Mew Chew yang sekarang ni dah jadi bini dia pun. Lebih 7 tahun kenal dan bercinta hanya seorang tu kekal sampai jadi isteri dia. Playboy?? tidak sekali, walaupun sebenaqnya dia mampu dan boleh jadi macamtu.
p/s : Now with buah hati dia Kingston Lee (so cute)
Ini lah antara sikap2 that he have and make me always love him as one of my idol. Actually sedar atau tidak sebenarnya LCW ini bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan sukan badminton Malaysia, bukan sahaja memperkenalkan Malaysia di mata dunia, bukan sahaja menampakkan kemampuan serta budi pekerti rakyat Malaysia di mata dunia, malah beliau juga antara individu yang menjadi penyumbang utama penyatuan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Tak Percaya?? masa Datuk Lee Chong Wei ni lawan final ka apa cuba pi dok kedai kopi ka mana2 cerok yang ada tv tengok, semua kaum akan duk sama2 tengok sambil menyokong atas nama satu bendera iaitu MALAYSIA.
p/s : Yeahhh its Golddddd
Banyak lagi kalau nak cerita pasai DLCW, tapi kalau gabungkan 3 part yang dah sy share dah cukup sebenarnya untuk sy katakan yang dia layak untuk sy jadikan idola. Semangat kental yang dia ada serta sikap tak mudah putus asa tu lah yang sentiasa mendorong sy untuk terus berjuang walaupun menemui kegagalan. He inspire me a lot actually, and i put a dream to meet him one day and watch he play live in front of my eye's. I didn't know when my this dream will come true but i really hope that it will come true one day.
Amin. Anyway last words from me Majulah Sukan Untuk Negara!! hehe.. semangat2.. See Ya for my next entry and hope that we will found the second Lee Chong Wei soon for our badminton sports arena.. Bubyeeeee.........
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)
.jpg)

.jpg)